Aktivis Wanita Tanggal Baju Buat Kekecohan Ketika Bill Cosby Hadir Perbicaraan

Kes perbicaraan Bill Cosby timbul kekecohan selepas seorang aktivis wanita cuba menyerang pelawak terkenal Bill Cosby di luar mahkamah.

Ketika kejadian, Cosby baru tiba di mahkamah di pinggir Philadelphia bagi menghadiri perbicaraan kes rogolnya.

Memetik sumber, badan wanita itu dicat dengan perkataan ‘Womens Lives Matter’ serta nama-nama wanita yang menjadi mangsa serangan seksual pelakon veteran tersebut.

Sumber memberitahu, wanita berusia 38 tahun itu pernah muncul dalam empat episod sitkom The Cosby Show ketika bergelar pelakon kanak-kanak satu ketika dahulu.

Cosby, 80, didakwa sebelum ini melakukan serangan seksual ke atas beberapa wanita.

Media sebelun ini melaporkan lebih 40 wanita tampil mengaku menjadi mangsa serangan seksual aktor tersebut.

Sebelum ini, Agensi Media Associated Press mendedahkan Cosby mengaku memberikan dadah jenis quaaludes kepada wanita sebelum mencabul mereka.

Keterangan itu dikatakan dibuat dalam kes saman sivil seorang wanita yang mendakwa dicabul Cosby pada 2005.

Bagaimanapun, percubaan wanita itu meluru ke arah Cosby gagal apabila dia dihalang polis.

Polis menggari tangan wanita tersebut dan dia ditahan untuk siasatan.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *