Jika Manifesto Pun Gagal Ditandingi, Apatah Lagi Jika Bertanding

Sabtu lalu menjadi satu lagi detik bersejarah Barisan Nasional apabila Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan Manifesto Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14. Di hadapan lebih 40 ribu orang penyokong setia BN yang membanjiri Axiata Arena, bukit Jalil, pelbagai inisiatif dan janji yang pasti akan ditunaikan oleh kerajaan untuk penggal yang akan datang.

Paling mencuri tumpuan adalah jumlah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dinaikkan daripada RM 400 yang sepatutnya diterima pada bulan Jun dan Ogos nanti, dinaikkan kepada RM 800 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan menjadi sebanyak RM 2,000 kepada kira-kira lebih 6.7 juta orang penerima.

Menariknya, sebaik sahaja pengumuman Manifesto ini, ianya seolah-olah menggamamkan kesemua pemimpin Pakatan Harapan yang mana tidak ada seorang pun mampu untuk mengulas atau memperlekehkan manifesto BN kali ini dalam tempoh 24 jam. Cuma, selepas 24 jam, barulah Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataannya yang dianggap sebagai terlalu dangkal.

Mahathir dalam satu kenyataan mempertikaikan jumlah RM 300 bilion yang di peruntukkan di dalam manifesto berkenaan sebagai angka yang tidak boleh diterima akal. Dia mempersoalkan, dari mana BN memperolehi wang sebanyak itu untuk melaksanakan pelbagai rancangan seperti yang terkandung di dalam manifesto berkenaan.

Apa yang ingin ditegaskan di sini, RM 300 bilion berkenaan akan digunakan sepanjang satu penggal pemerintahan BN, Ini bermakna, untuk setahun, secara kasarnya, kerajaan Bn perlu memperuntukkan RM 30 bilion bagi melaksanakan pelbagai agenda pembangunan selaras dengan manifesto berkenaan. Ianya bukan digunakan serentak sebaik sahaja BN menang Pilihan Raya.

Itu baru satu contoh bagaimana cubaan seorang yang kononnya mahu diangkat sebagai Perdana Menteri, cuba memanipulasikan angka yang terkandung di dalam Manifesto BN. Pemimpin Pakatan Harapan yang lain, terus senyap membisu. Mungkin juga, mereka sedang berkira-kira bagaimana mahu memanipulasikan semua perkara yang terkandung di dalam manifesto berkenaan.

Seperti kata-kata netizen di laman sosial sejak pengumuman manifesto berkenaan, itu baru sahaja pembentangan manifesto. Belum lagi jentera BN turun membantu Parlimen atau DUN masing-masing. Beranikah jentera Pakatan Harapan menongkah dan melawan arus warna biru tua yang dilihat cukup bersemangat mempertahankan kerajaan yang di bentuk sebelum ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *