Ikhlaskah DAP Menggunakan Logo PKR Pada PRU 14 Ini?

Sememangnya agak mengejutkan keputusan yang diambil oleh DAP bagi mengharungi Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini. Manakan tidak, sejak 1966, DAP begitu berbangga menggunakan logo sendiri bagi setiap Pilihan Raya Kecil, Pilihan Raya Negeri Sarawak mahupun Pilihan Raya Umum. Kali ini, senarionya berbeza apabila DAP memilih untuk menggunakan logo PKR sahaja.

Sekali imbas, keputusan yang diambil oleh DAP ini meenampakkan bahawa mereka cuba untuk bersatu di bawah satu logo hasil daripada saranan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebelum ini, mereka cuba untuk mendaftarkan logo Harapan yang mana permohonan mereka ditolak oleh RoS disebabkan masalah teknikal yang langsung tidak pernah mereka cuba atasi.

Ramai yang bertanya, kenapa PKR dipilih, bukannya DAP mahupun PAN setelah PPBM di bubarkan sementara. Jawapannya cukup mudah. Di dalam Pakatan Harapan, hanya PKR sahaja yang membuka keahlian kepada semua kaum walaupun DAP kini baru sahaja menurut jejak langkah PKR. Bagi PAN pula, parti berkenaan hanya menyasarkan kaum Melayu sahaja di mana kaum lain hanyalah ahli bersekutu.

Justeru, PKR sahajalah parti yang boleh menerima semua kaum dan ini menjadi tiket besar buat DAP meraih undi dari kaum Melayu selain daripada kaum Cina dan India. Persoalannya, ikhlaskah DAP menggunakan logo PKR? Adakah tidak ada sebarang bantahan dari akar umbi disebalik keputusan yang diambil kali ini?

Dari apa yang dilihat serta di selidiki latar belakang DAP, mereka sebenarnya hanya cuba untuk menggunakan pengaruh yang ada di dalam PKR untuk menyucikan imej ultra kiasu yang selama ini menyelubungi mereka. Memetik kata-kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, DAP akan menggadaikan apa sahaja yang ada pada mereka asalkan mampu menang Pilihan Raya.

DAP sedar, imej mereka begitu teruk tercalar berikutan pendedahan beberapa skandal yang berlaku di Pulau Pinang mahupun pusat. Justeru, hanya PKR sahajalah parti yang dilihat mampu melindungi segala skandal mereka. Tambahan pula, PKR juga tidak kisah logo dan imej parti mereka dipergunakan oleh sesiapa sahaja termasuk bekas musuh mereka, Tun Dr Mahathir.

Kali ini, DAP benar-benar bertekad dan sudah tidak memperdulikan lagi apa sahaja kata-kata akar umbi mereka. Bukan satu perkara yang mengejutkan jika ahli DAP sendiri mempertikaikan keputusan yang diambil oleh kepimpinan parti itu sendiri. Malah, ada yang enggan memberi undi kepada PKR kerana memprotes keputusan gila ini.

Kini, hanya masa menentukan samada keputusan yang diambil oleh kepimpinan DAP ini mampu membawa kejayaan kepada mereka ataupun tidak. Tetapi, setakat ini, keputusan yang diambil oleh DAP ini sedikit demi sedikit telah memakan imej, ego dan maruah parti itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *