Tular Penampakan Pontianak ‘Main Buai’

Baru-baru ini, kecoh penampakan pontianak seolah-olah pontianak yang berdiri di hadapan buaian yang terhayun dengan sendiri tanpa sesiapa pun disitu kecuali mahkluk misteri itu.

Video berdurasi 24 saat yang dimuat naik di Facebook (FB) pada 28 Mac lalu tular dan dikongsi pengguna aplikasi lain termasuk WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

Insiden menyeramkan itu dipercayai dirakam penghuni kuarters kerajaan yang terletak di Kempas, Johor Bahru.

Memetik sumber, dalam video itu, kelihatan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

NSTP meninjau kuarters berkenaan yang dipercayai baru siap dibina, namun belum dihuni sepenuhnya kakitangan jabatan itu.

Video itu dipercayai dirakam dari arah sebuah blok berhadapan taman permainan kanak-kanak di kuarters berkenaan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, sejak menghuni kuarters berkenaan, tiada sebarang gangguan atau kejadian tidak diingini berlaku.

Video itu dikatakan kecoh dalam beberapa kumpulan WhatsApp dan beberapa penguna whatsapp menonton video berkenaan apabila ia tular.

“Sejak tinggal di sini awal tahun ini, saya tidak pernah berdepan sebarang gangguan mistik atau berhadapan insiden pelik.

“Perumahan ini juga masih belum penuh diduduki, dan ramai yang belum berpindah ke sini buat masa ini,” katanya yang tidak tahu siapa yang mengambil video berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Johor Mohamad Riduan Akhyar berkata, isu gangguan makhluk halus terbabit tidak pernah diutarakan sejak penghuni kuarters berpindah ke rumah masing-masing, Mac lalu.

Bagaimanapun, katanya, sejak video yang memaparkan wanita menyerupai pontianak itu dikongsikan, pihaknya mengadakan bacaan tahlil dan Yasin di kawasan berkenaan, Ahad lalu.

“Kita mengambil pendekatan perubatan tradisional dan mengadakan hbacaan tahlil dan Yasin.

“Bagi kami, isu ini tidak serius dan mungkin secara kebetulan dilihat penghuni dalam kejadian pada siang hari itu.

“Sebelum ini, anak-anak penghuni bermain di taman permainan berkenaan dan tidak pernah mengalami masalah gangguan makhluk halus,” katanya yang memaklumkan hampir 80 peratus kuarters dihuni kakitangan jabatan berkenaan.

Individu tersebut berkata, insiden itu sudah dirakamkan sejak minggu lalu, tetapi ianya tular beberapa hari lalu.

Dalam pada itu,individu tersebut berkata, sebagai umat Islam, setiap orang perlu percaya alam ghaib dan makhluk halus, namun pendekatan secara tradisional dan Islam perlu dilakukan bagi menjaga keharmonian penghuni kuarters berkenaan.

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *