Malaysian Solidarity Convention (MSC) Agenda Teras DAP yang Menjahanamkan Melayu Islam

Generasi baru Malaysia  harus ingat , kita bukan sekadar berpolitik dengan menaikkan isu-isu yang kita sendiri bukan dikalangan yang pakar dalam hal tersebut. Tetapi ada perkara yang lebih penting lagi selain isu yang dibangkitkan dan ianya disembunyikan serapat-rapatnya oleh pihak yang berkepentingan.

Perangkap ini kebiasaannya dimainkan melalui isu agar sokongan generasi baru dalam Negara ini yang baru berjinak-jinak  dalam politik menjadi sasaran untuk bersama pembangkang dalam memastikan Negara berada dikancah pergolakan.

Bukan itu sahaja, jika kita melihat dilaman media sosial , kebanyakannya hanya berhujah kepada perkara perkara yang tidak pasti sahaja dan  bila disanggah , mereka akan menuding jari terhadap isu yang bukan berkaitan. Ini akan merosakkan lagi keadaan politik dalam Negara.

Dalam kesempatan itu, pihak pembangkang terus memainkan peranan mereka dengan janji-janji yang indah untuk generasi ini. Tetapi keindahan itu hanya  dapat dilihat selepas mempunyai kuasa atau sebaliknya, mengundang kecelakaan atau mengundang perubahan.

Bila kita menyebut agenda tersembunyi DAP, rata rata kebanyakan rakyat Malaysia akan beranggapan bahawa DAP mempunyai niat yang baik dalam politik. Kebaikan yang ditunjukkan hanya berpandu arah sokongan semasa sahaja.

Perlu difahami bahawa “Malaysian Malaysia” seperti yang tercatat kemas di dalam Deklarasi yang dikemukakan di dalam the Malaysian Solidarity Convention (MSC) di Singapura pada 9 Mei 1965. Ianya merupakan satu agenda  teras dalam  perjuangan yang dilakukan oleh DAP.

Kehadiran DAP dalam politik Malaysia bukan kerana untuk menjalankan  konsep demokrasi berparlimen  sebagaimana yang diamalkan dalam Negara ini. DAP berpolitik adalah bertujuan untuk memastikan agenda PAP yang diamanahkan kepada mereka untuk memastikan Malaysia adalah sebahagian dari mereka.

Perkara ini sepatutnya generasi muda sudah sedar tentang agenda yang amat bahaya ini kepada  Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu yang merupakan bangsa yang mempunyai Negara ini. Kehancuran bangsa dan Negara sudah banyak kita lihat dewasa ini.

Konsep Malaysian Malaysia yang dianggap hanya slogan biasa oleh generasi muda  adalah satu kesilapan yang besar sekali gus, ianya membawa makna “negara dan negeri tidak diidentifikasikan dengan ketuanan, kesejahteraan dan kepentingan mana-mana masyarakat atau kaum tertentu

Secara terperincinya ianya membawa maksud yang bakal memudaratkan apa yang ada dikalangan orang Melayu sekarang dan sedang dinikmati dengan hak hak yang diperuntukkan khusus kepada bangsa Melayu.

Jika penjajahan dengan menggunakan politik ini berlaku , maka jangan disesali lagi apabila tiada lagi hak hak untuk bersuara mengatakan Islam, Raja dan Bangsa Melayu mempunyai hak hak untuk memastikan hak tersebut berada ditempatnya dan mempunyai kedaulatannya tersendiri.

Termasuk dalam soal pendidikan peringkat rendah dan menengah, jawatan Awam, Kemasukan ke Universiti pemilikan tanah, dan tiada lagi istilah koata bumiputera, bantuan-bantuan yang diperuntukan kepada orang Melayu dan semuanya akan diubah melalui dasar meritokrasi dan kesamarataan yang menjadi agenda pembangkang terutama DAP.

Seharusnya pemahaman yang jelas oleh generasi muda mengenai apa yang akan berlaku terhadap Islam Raja dan Bangsa Melayu berkaitan dengan dasar yang diperjuangkan oleh DAP sejak 1965 lagi. Bahayanya terhadap Islam Raja dan Negara yang menjadi kepunyaan bangsa Melayu.

Secara jelasnya dengan beberapa pengakuan yang telah dibuat oleh beberapa bekas pemimpin Pakatan pembangkang , secara terus terang mengatakan bahawa orang Melayu akan hilang hak dan keistimewaan sekiranya Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP diberi kuasa mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

DAP sememangnya akan mengenepikan hak-hak yang dinikmati orang Melayu kini berdasarkan kepada perjuangan liberalisme melampau dan fahaman sekular yang dicerminkan oleh parti cauvinis itu. Bukan itu sahaja, Malah institusi Bumiputera antaranya MARA, FELDA, RISDA, FELCRA dan TERAJU yang dibina khusus untuk kaum Melayu akan turut menerima kesan yang sama.

Cadangan terbaru seorang Ahli Parlimen DAP memansuhkan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor disifatkan sebagai satu petanda awal bahawa parti itu sedia menghapuskan semua hak istimewa Melayu sekiranya diberi kuasa memerintah.

DAP sekarang sedang berusaha menawan hati orang Melayu dengan janji-janji manis, termasuk menempatkan calon Melayu di kawasan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. Ini menunjukkan kesungguhan DAP untuk memerintah negara ini.

Orang Melayu tidak seharusnya terpengaruh dengan janji-janji manis parti itu kerana hakikatnya mereka tidak pernah serius mengotakan janji yang mereka ucapkan dan ianya telah berlaku kepada dua buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada masa yang sama menyatakan bahawa dia tidak akan membenarkan sesiapa sahaja soal hak dan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera, ia adalah betul. Apa yang beliau katakan itu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan itu.

Seharusnya orang Melayu wajar berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan, selain memperjuangkan masa depan mereka.

Apabila Kumpulan minoriti ini jangan cuba untuk memerintah kumpulan majoriti, Negara ini harus dipertahankan bukan dasar politik semata mata dan ianya  akan sentiasa diperintah oleh kaum majoriti walaupun di Pulau Pinang diperintah oleh DAP. Kesudahannya rakyat dihinggap kesengsaraan kepada golongan yang melihat “Wang Itu Adalah Tuhan” mereka.

Justeru itu orang Melayu mesti sedar tentang hal ini. Seperti kata  bidalan’ Apa kata kukur, nyiur juga yang binasa”. Sedar lah masa belum terlambat lagi.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *