Cuba Rogol Budak, Kemaluan Pedofilia Putus Ditelan Anjing

Seorang pedofilia menanggung derita seumur hidup selepas alat sulitnya digigit oleh anjing hingga putus.

 
Tribunist Daily melaporkan, Randle James, 52 dari Arkansas, Amerika Syarikat telah memanjat tingkap tingkat satu rumah sebuah keluarga sebelum menuju ke bilik dua kanak-kanak perempuan yang masing-masing berumur tiga dan enam tahun.
Perbuatannya itu disedari seekor anjing jenis Pit Bull Terrier belaan keluarga tersebut.
 
Anjing tersebut bertindak menggigit alat sulit James lalu menelannya.
 
James dikejarkan ke hospital namun alat sulitnya tak dapat diselamatkan kerana telah ditelan anjing berkenaan.
 

X-ray yang menunjukkan alat sulit yang ditelan, Foto: Tribunist Daily
“Keluarga yang enggan identiti mereka didedahkan itu berkata, mereka bersyukur kerana anjing mereka berada di bilik itu untuk menyelamatkan anak-anak mereka.
 
 Ibunya berkata, “Dia hero kami. Dia akan makan stik selama seminggu mulai sekarang.” 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *