Bekas Pengurus SIS Pertikai Mufti Tiada Surat Terbuka Isu Datin Dera Amah

Baru-baru ini kecoh wanita bergelar Datin yang didakwa menyebabkan kecederaan pembantu rumah warga Indonesia, dua tahun lalu.

Susualan itu, Norhayati Kaprawi, mantan Pengurus Program Sisters In Islam (SIS) secara sinis mempertikaikan sikap para Mufti kerana langsung tidak mengutus sebarang surat terbuka kepada Datin Rozita Mohamad Ali yang pakaiannya melambangkan simbol ‘Islami mithali’ mahupun kepada keluarga pembantu rumah yang dideranya.

Menurut sumber dalaman juga, beliau juga menempelak ‘para pejuang Islam seMalaysia’ yang seolah-olah tidak mengambil peduli untuk menuntut keadilan bagi pembantu wanita yang didera itu sedangkan mereka semua bangkit memaki hamun Neelofa kerana memperagakan tudung di kelab malam Zouk.

Sindir Norhayati Kaprawi, “Neelofa peragakan tudung di Zouk maki hamun ceramah berjela lah ‘pejuang Islam’ seMalaysia.”

“Si Datin pelaku keganasan sadis terhadap pembantu nya peragakan tudung abaya hitam lambangkan simbol ‘Islami mithali’ bila didakwa di mahkamah – ehhh diam buat tak ambik pot je para pejuang Islam seMalaysia.” “Kot tak memalukan Islam gamaknya.”

“Ada tak pejuang-pejuang Islam yang nak demo desak supaya Datin Rozita monster itu dipenjarakan.” “Cubalah kalau ada yang tarik tudung Datin ni, mengamuk sakan lah seMalaysia.”

“Tapi Datin bantai pembantu kejam sadis gitu, tak ada ke Mufti nak bagi surat terbuka panjang-panjang kat Datin Rozita.” “Dan ada tak Mufti yang sudi tulis surat pada ibubapa dan keluarga pembantu yang telah dizalimi dan teraniaya ini.”

“Semoga tak rajin tulis surat hanya pada selebriti saja.”

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *