Anjing Gigit Hingga Putus,Telan ‘Anu’ Pedofilia Cubaan Rogol

Gara-gara perbuatannya memanjat tingkap bilik dua kanak-kanak dan disedari anjing belaan keluarga itu ,seorang pedofilia cacat seumur hidup selepas anjing tersebut mengigit alat sulitnya hingga putus.

Lelaki berusia 52 tahun, Randle James dari Saline, Arkansas di Amerika Syarikat memanjat tingkap tingkat satu rumah kecil keluarga berkenaan, menuju ke bilik dua kanak-kanak perempuan selepas melalui kawasan itu dan mendapati tingkapnya terbuka.

Memetik sumber berkata, selepas James memanjat ke bilik adik beradik yang berusia tiga dan enam tahun itu, seekor anjing jenis Pit Bull Terrier menerkam suspek bagi melindungi kanak-kanak terbabit.

Anjing itu menggigit alat sulit James lalu menelan seluruh bahagian kemaluannya.

Sinar-X menunjukkan alat sulit James (dalam bulatan) yang ditelah oleh anjing tersebut.

Kekecohan yang berlaku mengejutkan ibu bapa kanak-kanak itu.

Mereka membuat panggilan kecemasan dan menurut bapa kanak-kanak berkenaan, penyerang tersebut berada dalam kesakitan dan tidak mampu melarikan diri.

James dikejarkan ke hospital dan malangnya alat sulit itu tidak dapat diselamatkan kerana telah ditelan oleh anjing tersebut.

“Keluarga yang enggan identiti mereka didedahkan itu berkata, mereka bersyukur kerana anjing mereka berada di bilik itu untuk menyelamatkan anak-anak mereka. Ibunya berkata:

“Dia hero kami. Dia akan makan stik selama seminggu mulai sekarang,” kata sumber.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *