Tiga Kali Hampir Ke Penjara, Rafidah Lupakah?

Dalam satu tulisan bekas menteri perdagangan, Datuk Rafidah Aziz di Facebook baru-baru ini, beliau mengingatkan tindakan memilih pemimpin yang rasuah itu samalah seperti membenarkan salah laku yang dilakukan ahli politik berkenaan.

Adakah beliau cuba bercakap dengan cermin? Lupakah Rafidah, Mahathir telah menyelamatkannya sebanyak tiga kali daripada dipenjarakan?

Menurut satu sumber, sebelum ini Rafidah menyelamatkan dirinya dengan mendakwa Mahathir menyuruhnya mempengerusi mesyuarat Kementerian Perdagangan yang memperuntukkan 1.5 juta saham Leader Universal Holdings Bhd dan 4.1 juta saham FACB kepada menantunya, Fazrin Azwar.

Beliau dikatakan turut mempengerusikan mesyuarat itu bagi memastikan jawatankuasa tersebut memperuntukkan saham kepada anak lelaki Mahathir, atas arahan khusus dari Mahathir. Bukankah itu dalam bentuk satu subahat?

Menurut Raja Petra sebelum ini, Rafidah bukan sahaja mengendalikan kuota AP tetapi juga peruntukan saham syarikat awam. Bagi setiap penyenaraian baru, bahagian saham tertentu akan dikhaskan untuk Bumiputera untuk memenuhi aspirasi Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dan Rafidah memutuskan Bumiputera mana yang mendapat saham itu. ‘Borang merah jambu’ adalah perniagaan yang besar dan jutawan dicipta dari ‘borang merah jambu’ itu sahaja. Dan Rafidah mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang menjadi jutawan.

Rafidah dikatakan mempunyai kuasa untuk memutuskan siapa yang mendapat saham syarikat awam atau IPO dan bahkan Perdana Menteri juga memerlukan bantuannya untuk mendapatkan saham untuk anak-anaknya. Kerana beliau memegang rahsia Perdana Menteri, beliau yang mempunyai kuasa ke atas PM itu dan tiada siapa yang dapat menyentuhnya walaupun mereka tahu beliau membuat berbilion-bilion daripada saham dan AP.

Akhirnya, dengan kuasa yang diberikan kepadanya, beliau dikatakan memutuskan siapa yang mendapat AP bernilai RM2 bilion setahun dan bahkan Perdana Menteri dikatakan tidak boleh masuk campur.

Beliau tuduh rakyat Malaysia bersubahat,walhal jika dilihat berdasarkan sumber di atas beliau lebih dulu ‘bersubahat’ dengan Mahathir sewaktu zaman pemerintahan ‘Mahafiraun’ itu.

Beliau dilihat lantang mengkritik kerajaan dalam beberapa isu termasuklah isu skandal 1Malaysia Development Berhad yang cuba dikaitkan dengan kapal mewah The Equinimity.

Menerusi kenyataannya lagi, beliau turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia akan ‘bersubahat’ dengan perbuatan rasuah dan pengkhianatan sekiranya mereka secara sukarela mengundi ahli politik yang korup. Jadi, siapakah ahli politik yang korup sebenarnya?

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *