Sekumpulan Remaja Tergamak Serang Dan Malukan ‘Pak Ya Cong Codei”

Satu rakaman dilihat sungguh sedih dan memalukan,apabila perbuatan khianat sekumpulan remaja yang tergamak memalukan lelaki dikenali ‘Pak Ya Cong Codei” dengan mengikat kedua-dua tangannya dibelakang sambil membuka seluar dan menaburkan debu pada kemaluannya.

Menurut sumber, mangsa yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) lemah dari segi mental dipercayai ‘diserang’ kumpulan itu ketika berada di Pantai Batu Burok, kira-kira jam 4 pagi, semalam.

Video berdurasi tujuh saat itu dipercayai direkodkan salah seorang daripada ‘pengkhianat’ itu sebelum dikongsikan dan ditularkan di dalam Facebook Gabungan Anak Terengganu kononnya dengan niat untuk bergurau dan dijadikan bahan lawak.

Turut didengari didalam video tersebut suara riuh rendah kumpulan remaja itu ketawa dan mempersendakan ‘Pak Ya Cong Codei’ sambil bertindak cuba membakar punggungnya dengan mancis serta menabur debu pada kemaluannya.

Video berkenaan mendapat kecaman yang sangat hebat daripada netizen kerana tergamak mengaibkan OKU sehingga ada yang sarankan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian, ‘Pak Ya Cong Codei’ 47, hadir sendiri ke Balai Polis Daerah Kuala Terengganu untuk membuat laporan berkaitan kejadian.

Jurupulih Perubatan Carakerja Hospital Hulu Terengganu, Muhamad Faiq Muizzuddin Zainal Abidin mendedahkan Pok Ya adalah pesakit mental di bawah pemantauan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (PKMM) Wakaf Tapai di Marang, Terengganu sejak kira-kira lima tahun lalu.

Bagaimanapun, Muhamad Faiq yang mengendalikan bahagian rehabilitasi pesakit memberitahu, Pok Ya yang merupakan seorang duda empat anak berusia 47 tahun berada dalam keadaan stabil dan waras ketika kejadian pada Ahad itu.

“Pok Ya adalah OKU yang mengalami masalah mental, tetapi dia sebenarnya dalam keadaan stabil dan waras ketika kejadian menjadi mangsa buli.

“Memang Pok Ya pesakit mental, tetapi dia bukan sakit mental sepanjang masa. Dia berfikir seperti orang lain, makan dan minum juga seperi orang normal, malah dia juga bekerja,” katanya kepada media.

Muhammad Faiq berkata, beliau hadir ke Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada lewat petang Isnin bagi menemani ahli keluarga Pok Ya untuk membuat laporan polis berhubung kejadian termasuk penyebaran video yang mengaibkan mangsa.

Difahamkan sebelum ini’Pak Ya Cong Codei’ sering menghiburkan pengunjung Pantai Batu Burok sebagai seorang pemuzik jalanan dan kebiasannya orang ramai akan memberi upah RM2.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Katanya, mangsa yang beralamat dari Wakaf Tapai mendakwa semasa berada di Pantai Batu Burok, ada sekumpulan remaja termasuk lelaki dan perempuan melakukan khianat kepadanya.

“Dia mendakwa mereka membuka seluarnya, mengikat tangan dibelakang dan membakar punggung dengan mancis selain menabur debu di kemaluannya,” katanya.

Jelasnya, mangsa mendakwa mereka ada merakam kejadian itu dan menyebarkannya di laman sosial sehingga dia merasa malu.

Memetik sumber berkata, susulan laporan itu juga, katanya, dua remaja perempuan berusia 17 tahun dan berasal dari Hulu Terengganu ditahan untuk bantu siasatan.

“Sekarang kita akan membuat siasatan lanjut untuk mengetahui motif kumpulan remaja ini berbuat demikian kepada mangsa.

“Kita juga sudah mampas kesemua telefon bimbit bagi mencari siapakah yg merakam video tersebut,” katanya.

” Dalam masa sama, mangsa sudah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Idris berkata, pihaknya juga sudah membuat pemohonan kepada Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat pengesahan video yang ditularkan.

“Kita sedang menjejaki dua suspek lelaki yang didakwa mencucuh api pada punggung dan menabur pasir pada kemaluan mangsa,” katanya sambil menambah bahawa polis masih menyiasat motif kejadian.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *