Rakyat Selangor Dan Pulau Pinang Mangsa Cabul Nafsu Pakatan Harapan

Sudah dua penggal rakyat di negeri Selangor dan Pulau Pinang menderita jadi mangsa cabul nafsu serakah kuasa Pakatan Harapan (PH) selama mereka jadi kerajaan di kedua-dua negeri itu.

Di Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Azmin Ali, setiap tahun mengalami gangguan bekalan air kerana masalah bekalan air bersih yang semakin meruncing di negeri itu. Sejak jadi Menteri Besar, cerita pasal Azmin hanya berkisar tentang macam-macam masalah.

Masalah skandal seks dalam tandas yang beliau nafikan tapi imej lelaki itu jelas menyerupai susuk tubuh Azmin, skandal kerja pembaikan pintu gerbang Kota Darul Ehsan dan kubah Masjid Shah Alam, isu penukaran status tanah di Paya Indah Wetland, isu lombong pasir dan sekarang skandal tanah di Ijok. Semuanya Azmin tidak jawab. Bukankah itu pencabulan ke atas rakyat negeri Selangor namanya?

Di Pulau Pinang, ia lebih unik kerana ketika ini Ketua Menterinya, Lim Guan Eng adalah seorang tertuduh di mahkamah kerana kes rasuah dan salah guna kuasa. Kalau orang lain, sudah lama letak jawatan kerana bawa malu kepada kerajaan negeri tapi bukan Guan Eng.

Rakyat Pulau Pinang pun kena cabul dengan nafsu serakah Guan Eng apabila beliau sibuk beli banglo dengan harga murah dari harga pasaran sampai terpaksa lakukan rasuah dalam skandal tanah di Taman Manggis. Projek perumahan rakyat yang sepatutnya dibina di situ tidak diteruskan pun sehingga hari ini.

Banjir kilat sudah beratus kali terjadi di Pulau Pinang tidak kira banjir kecil dan banjir besar. Masa banjir masa sebelum ini pada 5 November 2017, Guan Eng terlalu sedih sampai menangis di depan kamera minta bantuan dari kerajaan pusat kerana banjir makin buruk.

Tapi kerana nafsu, peruntukan yang ada dalam negeri untuk selesaikan masalah banjir tidak digunakan dan masalah berlarutan sampai ke hari ini.

Kalau DAP bertindak awal, masalah banjir sudah selesai dan rakyat tidak akan menghadapi masalah. Padahal DAP yang janji sendiri akan selesaikan masalah banjir dalam masa setahun sahaja, tapi ke mana janji itu?

Mereka sudah cabul rakyat Pulau Pinang dan Selangor puas-puas untuk memuaskan nafsu kuasa mereka. Adakah rakyat mahu mengundi parti sama dalam Pakatan Harapan (PH) untuk bentuk kerajaan di peringkat Persekutuan pula. Masalah yang dialami dek kerana kelalaian pembangkang ini serius kerana ia melibatkan keselamatan dan keperluan yang asas.

Selagi mereka ada kuasa, mereka akan terus berfikir untuk menunaikan apa yang mereka mahu, bukan apa yang rakyat perlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *