PH  Akan Pecat Pegawai Tinggi Sokong Kerajaan, Apa Tindakan Cuepac Untuk Membantu Kerajaan

Jika kami berjaya memegang kerajaan dengan mandat yang diberikan oleh rakyat, saya boleh masukkan dalam janji 30 hari pertama yang kami akan pecat semua pegawai-pegawai tertinggi kerajaan sedia ada yang memihak kepada Barisan Nasional”

Jelas dan tepat sekali dan ini merupakan pengakuan yang dibuat oleh Mukhriz Mahathir yang mana  mengatakan bahawa jika pembangkang  dapat memerintah Negara, maka pegawai tinggi dalam penjawatan awam akan dipecat kesemuanya.

Pemecatan ini dilakukan  dengan alasan untuk meletakkan pegawai kerajaan yang satu aliran sahaja berada didalam jawatan jawatan yang dikosongkan nanti. Kenyataan ini amat jelas dan  merupakan satu perngakuan bahawa sememangnya terdapat pegawai tertinggi dalam penjawat awam terdiri dikalangan pihak pembangkang.

Kenyataan ini juga  merupakan satu pembongkaran yang jelas  dan memerlukan satu penjelasan yang  terbuka kepada Presiden Cuepac yang mana sentiasa tidak mengambil berat dalam hal ini. Cuepac seharusnya membantu kerajaan  dalam memastikan  tiada kebocoran maklumat kerajaan kepada pihak pembangkang.

Selama ini kerajaan sentiasa memberikan keistimewaan kepada penjawat awam dalam Negara ini dengan berbagai peruntukan sehingga  menaikkan  umur persaraaan. Jika ini lah yang dikatakan oleh Mukriz , Presiden Cuepac seharusnya bertanggung jawab sepenuhnya.

Presiden Cuepac telah gagal menjaga intergriti dan mengesan atau memastikan halangan-halangan rahsia kerajaan dilindungi sepenuhnya oleh  pegawai dari penjawatan awam.  Walaupun begitu dengan apa yang berlaku sekarang, Kerajaan Barisan Nasional terus menggunakan kihdmat mereka walaupun  mereka ini berpaling tadah.

Bayangkan sahaja, jika penjawat awam  dan pergawai penjawatan awam keseluruhannya dipecat maka agenda untuk mengecilkan  struktur penjawat awam  yang mana merupakan satu agenda DAP kini secara jelas sedang dirancang sepenuhnya dengan sokongan parti baru PPBM.

Jelas juga dan nyata bahawa PPBM hanya sebuah parti “budak suruhan” yang mana akan melakukan apa sahaja  yang disarankan oleh DAP, walaupun kita tahu ianya sebahagian dari hak hak keistimewaan orang Melayu yang perlu dipertahankan.

Namun ianya  tidak bererti kepada kepimpinan Melayu DAP dan perkara yang paling penting bagi mereka ialah agenda untuk melenyapkan keistimewaan  orang Melayu dilakukan dalam apa cara sekali pun.

Kenyataan Mukhriz juga mengesahkan bahawa penubuhan dan persengkokolan PPBM  bersama DAP bukan untuk rakyat dan bukan untuk selamatkan Malaysia sebagaimana yang diwar-warkan. Kenyataan Mukriz juga secara langsungnya membawa maksud penubuhan PPBM hanya untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Najib Razak.

Jika kehadiran dan penubuhan PPBM untuk rakyat sudah pastinya tiada istilah pemecatan dilakukan  kepada penjawat awam, ini tidak,  PPBM mempunyai  persamaan agenda dengan DAP. Jadi apakah penjawat awam masih lagi kurang akal untuk memikirkan masa depan mereka jika berterusan bersama pembangkang.

Sebagai jalan keluar dan terbaik, presiden Cuepac mesti memainkan peranananya dalam membantu kerajaan dalam memberikan kesedaran dan juga  mengambil tindakan yang sepatutnya dalam usaha untuk mengukuhkan sokongan penjawat awam kepada kerajaan.

Cuepac kini dilihat sebagai gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut dimana telah gagal membantu kerajaan malah memberikan ugutan serta tekanan kepada kerajaan yang telah banyak memberikan keistimewaan tuntutan yang tidak pernah tidak ditunaikan.

Justeru itu, rakyat sedang dan telah melihat pelbagai ugutan dilakukan kepada penjawat awam dalam Negara ini, jadi apakah tidak ada akal yang mampu berfikir apabila ianya benar-benar berlaku. Apakah akan jadi jika segalanya berakhir seperti itu sahaja?

Tidakkah terfikir bagaimana kadar pengangguran yang berlaku, tidakkah terfikir bagaimana nasib genearsi muda yang akan datang. Sudah pastinya kekosongan tersebut akan diisi oleh bukan Melayu dan ketika itu CuePac akan tahu apa akan terjadi kepada bangsa Melayu.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *