Mahathir, Mukriz Kini Selari Dengan Perjuangan DAP

Ketara sangat apabila berbagai kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mahathir ,  Guan Eng dan Mukhriz dalam usaha untuk membohongi rakyat  sebagaimana dilakukan sebelum ini. Kenyataan gila yang dibuat oleh ketiga tiga  mereka ini  menunjukkan betapa terdesaknya  situasi sekarang.

Semasa memerintah  selama 22 tahun dahulu, keperluan peneroka hanya diberikan waktu bulan untuk mengadakan pilihanraya sahaja , bermakna nasib rakyat peneroka hanya dibela apabila sudah sampai masa untuk mengundi. Itu yang dilakukan Mahathir dahulu.

Pasa masa itu, peneroka dipinggirkan sama sekali, kehidupan, kepentingan peneroka diabaikan oleh Mahathir, beliau anggap peneroka hanya pelengkap undi sahaja, tidak layak untuk menerima  pembangunan dan  keperluan yang sepatutnya dimiliki oeh rakyat.

Sekarang ramai peneroka sedar, bahawa Mahathir bukan layak untuk bercakap bagi pihak mereka, Mahathir hanya permusnah apa yang dibina, Mahathir hanya pentingkan apa yang bakal dikecapi walaupun ianya akan memberi kesengsaraan kepada rakyat.

Terbaharu, Mahathir sedang cuba sedaya upaya melemparkan fitnah dan menakut-nakutkan peneroka Felda melalui ceramahnya di Slim River.  Kononnya, kalau Najib terus jadi PM, tanah peneroka akan terus dirampas dan peneroka akan dianiaya.

Untuk rekod, semenjak FELDA ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak  untuk orang Melayu, Sehingga kini FELDA terus membangun dari rumah papan  sehingga lah sepertimana kita lihat sekarang. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir ini dilihat untuk memperbodohkan masyarakat Felda.

Kenayatan tidak masuk akal Mahathir yang mengatakan kerajaan mahu merampas tanah-tanah peneroka ni, jika benar dari dulu lagi kerajaan dah buat, tapi sebaliknya yang berlaku. Malah kerajaan membangunkan segalanya.

Sejak awal sehinggalah zaman pemerintahan PM Najib, lebih 150 pembaharuan dibuat terhadap Felda oleh kerajaan. Malah peneroka juga terima geran daripada kerajaan termasuk pelbagai insentif menarik kepada peneroka.

Secara logiknya Dato Seri Najib tidak akan berbuat demikian, Memusnahkan  legasi yang dibina oleh ayahnya sendiri. Mahathir sekarang sudah hilang akal dan pertimbangan dalam mengeluarkan kenyataan. Cukup-cukup lah Mahathir. Masih tidak cukup lagikah rompakan dan memperkayakan kroni dan anak anak?

Bukan sahaja Mahathir malah Guan Eng juga seperti orang gila apabila terbongkarnya skandal Terowong Dasar Laut yang paling besar dalam sejarah negeri Pulau Pinang. Pendedahan demi pendedahan dilakukan sehingga tiada ruang baginya untuk menolak  kebenaran lagi.

Sesiapa sahaja yang dikaitkan dengan Guan Eng akan dinafikan dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal diberikan, Paling ketara apabila Guan Eng cuba mengalihkan isu dalam pelbagai cara dan kaedah termasuklah menggunakan anak-anak tadika agar membenci kerajaan.

Tindakan terdesak Guan Eng ini telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang mana  melihat tindakannya hanya bermotifkan kepentingan diri dan cuba membina persepsi haluan kiri terhadap anak-anak  yang seharusnya dibentuk dengan nilai-nilai murni.

Sebelum ini tular gambar Lim Guan Eng dengan seorang individu yang digelar Dato’ Seri yang dikaitkan dengan rasuah RM19 juta berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang. Alasan yang sama diberikan oleh Mahathir sudah berjangkit kepada Guan Eng apabila mengatakan “tidak Tahu”.

Terbaharu, gambar dua individu terbabit dalam kereta sekali lagi tular. Gambar dipercayai diambil pada Ogos 2017. individu yang bergelar Dato’ Seri terbabit menerima bayaran RM19 juta dalam usaha menutup siasatan SPRM berkait dengan projek terowong bawah tanah Pulau Pinang.

Nampak gayanya semua penafian tidak berjalan seperti sebelum ini, semakin dinafikan semakin banyak  pendedahan dilakukan. Guan Eng dilihat sudah hilang punca sebagaimana Mahathir. Semua yang dilakukan tidak menjadi.

Dalam keadaan ini, pelbagai cara untuk membersihkan reputasi pembangkang yang sudah amat kotor dengan agenda untuk menumbangkan kerajaan  dengan  bantuan pihak  asing. Suaram, NED, NDI digunakan  sepenuhnya melalui dana yang disalurkan.

SUARAM kini sedang berurusan dengan  kerajaan Swiss dengan menggunakan individu disana untuk memburukkan dan memfitnah kerajaan dengan Isu 1MDB, Tetapi rancangan mereka gagal apabila isu 1MDB dibantah oleh Parlimen Swiss dengan mengatakan semua ini tiada kaitan langsung dengan Malaysia.

Bermacam-macam ugutan, hasutan dan hinaan PH pernah buat kepada penjawat awam. Terbaharu, Mukhriz telah mengeluarkan kenyataan untuk memecat semua pegawai tertinggi kerajaan dalam tempoh 30 hari jika menang PRU-14 nanti.

Kenyataan ini sudah selari dengan apa yang diinginkan oleh DAP dalam menguasai sector penjawatan awam dalam Negara ini. Mukhriz kini sudah menjadi jurucakap DAP dan melancarkan agenda DAP untuk menghapuskan hak-hak orang Melayu.

Sebelum ini pun, Tony Pua (DAP) pernah ugut mahu pecat 600 ribu kakitangan awam. Jeff Ooi (DAP) pernah gelar mereka kucing kurap, Kit Siang (DAP) panggil orang kerja ‘gomen’ ni monyet.

Tetapi sebilangan besar pejawat awam dalam Negara ini masih tidak sedarkan diri tentang ancaman  yang bakal mereka terima sekiranya memilih pembangkang. Ancaman bukan sahaja kepada mereka , malah kepada generasi akan datang yang mana menyebabkan diskriminasi akan berlaku.

Bila DAP ini dikatakan parti rasis anti Melayu-Islam, macai dan kiasu lain yang paling lantang mengecam. DAP dari dulu lagi memang cita-cita perjuangan mereka ‘Malaysian Malaysia’. Kononnya nak perjuang hak sama rata dan keadilan namun ianya jelas menganiaya orang Melayu yang selama ini dipelihara oleh Perlembagaan Malaysia.

Pensyarah Undang-undang (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu berkata, peruntukan istimewa orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan dimasukkan bagi menjamin keadilan sosial tanpa meminggirkan mana-mana kaum. Ia juga bertujuan mengurangkan jurang sosioekonomi antara kaum demi kestabilan negara. Jadi pemimpin DAP, apa lagi masalah kamu? Adakah DAP  mahu terus menghasut rakyat supaya menolak Perlembagaan Persekutuan dan bangkitkan rasa tak puas hati dikalangan rakyat?

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *