Londeh Seluar Dan Punggung Dicucuh Api, Pok Ya Jadi Mangsa Buli

Netizen marah bila melihat tindakan sekumpulan lelaki dan wanita membuli orang kelainan upaya (OKU) dikenali sebagai Pok Ya.

 
Video yang tular di media sosial itu menyaksikan mangsa dipaksa menanggalkan seluar, berdiri dengan tangan diikat ke belakang.
 
mStar Online melaporkan, Pok Ya menjerit kesakitaan apabila punggungnya dicucuh dengan api menggunakan pemetik api.
 
Insiden yang berlaku di kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu itu disifatkan sebagai kejam, lebih-lebih lagi mangsa mengalami masalah kecacatan mental.
 
Jurupulih Perubatan Carakerja Hospital Hulu Terengganu, Muhamad Faiq Muizzuddin Zainal Abidin berkata,
 
“Pok Ya adalah OKU yang mengalami masalah mental, tetapi dia sebenarnya dalam keadaan stabil dan waras ketika kejadian menjadi mangsa buli. 
 
“Memang Pok Ya pesakit mental, tetapi dia bukan sakit mental sepanjang masa. Dia berfikir seperti orang lain, makan dan minum juga seperi orang normal, malah dia juga bekerja.”
 
Laporan polis telah dibuat berhubung insiden terbabit. Dua suspek perempuan masing-masing berusia 17 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
 
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar berkata, 
 
“Kita percaya terdapat beberapa suspek lagi yang turut terlibat sebagaimana dalam insiden menerusi video yang tular. 
 
“Kita sedang menjejaki dua suspek lelaki yang didakwa mencucuh api pada punggung dan menabur pasir pada kemaluan mangsa.” -CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *