Kanak-kanak Kurung Diri Dengan Mainan Selepas Trauma Dirogol Berulang Kali

Selepas berulang kali dirogol, seorang kanak-kanak menjadi begitu trauma hingga dia mengurung dirinya di bilik bersama mainannya sebagai penghalang pintu.

Memetik METRO, pendakwa Robert Jones percaya mangsa mengalami penderaan itu untuk satu jangka masa yang lama berdasarkan daripada perlakuannya.
 
“Dia akan cuba menahan pintu dengan mainan sebagai penghalang. Mangsa juga menjadi sangat ketakutan jika disentuh sesiapa,” katanya.
 
Sementara itu, pelakunya, Anthony Morgan, 42, telah dipenjarakan selama 16 tahun pada Mac 2017 selepas dia didakwa merogol mangsa pertama sejak mangsa berusia enam tahun.
 
Bagaimanapun, dia sekali lagi dihadapkan ke mahkamah selepas mangsa kedua tampil membuat pengakuan.
 
Anthony mengaku bersalah atas lapan tuduhan rogol terhadap mangsa kedua sejak berusia 3 tahun dan dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun setengah.
 
 

Foto: METRO
 
Mangsa dirogol sekurang-kurangnya 225 kali dan diberi airkrim serta gula-gula untuk ‘menutup mulutnya’.
 
Tak tahan diperlakukan begitu, kanak-kanak terbabit akhirnya menceritakan apa yang telah berlaku kepada orang dewasa dan mendedahkan penderaan seksual itu sudah lama berlaku.
 
Ketika disoal siasat, Anthony mengaku dan menyesal atas perbuatan, tetapi tidak dapat menjelaskan kenapa dia melakukannya dan menyalahkan dorongan nafsunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *