Barisan Nasional Satu Nama Hebat, Mudah Disebut Dan Mudah Diingati

Dalam filem The Founder lakonan Michael Keaton yang membawa watak Pengasas restoran terkenal McDonald’s beliau menyatakan apa yang menarik minatnya untuk memiliki dan memajukan restoran terkenal itu pada awalnya ialah kerana namanya begitu hebat dan sinonim dengan gaya hidup Amerika Syarikat (AS).

Jika sebut McDonald’s orang akan mudah mengingatinya dan membayangkan kehebatan AS. Begitulah juga dengan nama Barisan Nasional (BN) yang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia sejak kemerdekaan selama lebih 60 tahun membangunkan negara.

Apa sahaja dugaan dan rintangan serta cabaran daripada pembangkang, BN tetap hadapi dan lepasi dengan kekuatan demi rakyat untuk terus membangunkan negara.

Walaupun BN bukan jenama barangan tapi sebutan Barisan Nasional itu juga sudah hebat didengari dan ada unsur Malaysia di dalamnya. Jika sebutannya diubah sudah pasti tidak ada unsur kehebatan di dalam nama Barisan Nasional.

Menjelang PRU14 nanti, BN mesti tetap menjadi pilihan kerana BN membuat janji yang akan ditunaikan bukan hanya janji manis untuk meraih undi daripada rakyat.

Sehingga 31 Mac tahun lepas BN, sudah pun melaksanakan 97 peratus janji manifesto PRU13 kepada rakyat. Sejumlah 4,844 atau 83 peratus projek bernilai RM73.49 bilion sudah pun dilunaskan untuk rakyat.

Sebanyak 14 pratus lagi merangkumi 804 projek bernilai RM255.17 bilion adalah dalam fasa pelaksanaan. Berbeza dengan pakatan pembangkang, mereka sendiri tidak yakin dengan penjenamaan sendiri sampai sudah tiga kali tukar nama tapi muka tetap sama. Dari Barisan Alternatif kemudian jadi Pakatan Rakyat sekarang tidak puas hati lagi, terus jadi Pakatan Harapan pula.

Sudah lah nama bertukar-tukar nama dan tidak ada menampilkan muka baru sebagai pemimpin.

Di dua negeri yang diperintah oleh mereka, Selangor dan Pulau Pinang dengan tidak melaksanakan janji serta masalah semakin bertimbun.

Pulau Pinang diketuai oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng buat janji untuk laksanakan 51 projek di negeri itu. Tidak sekali pun Guan Eng pernah bentang perkembangan kesemua 51 projek berkenaan?

Di Selangor pun sama, janji untuk bina projek rumah Selangorku, sampai sembilan projek dibatalkan begitu sahaj oleh Kerajaan Negeri Selangor. Begitulah pakatan pembangkang, kalau penjenamaan pun tidak bagus, bukan senang semua perkara hendak selesai dengan lancar kalau enggan penuhi apa yang rakyat mahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *