Nilai Ringgit Terus Mengukuh, Pakatan Enggan Terima Hakikat Isu 1MDB Sudah Selesai

Dalam masa empat hari lepas nilai mata wang ringgit terus mengukuh berbanding Dolar Amerika apabila ia mencecah antara RM3.90 dan RM3.89 untuk AS$1 Dolar Amerika menunjukkan ia terus mengukuh dari semasa ke semasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak teruks yakin bahawa nilai mata wang negara akan terus meningkat ke paras RM3.80 dalam jangka masa terdekat ini.

“Nilai mata wang kita semalam turun sikit kepada RM3.90 daripada RM3.89. Saya yakin insya-Allah dalam masa terdekat mungkin ia akan naik kepada RM3.80.

“Dari segi nilai mata wang, kita adalah antara best performance currency (mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik).

“Sebab beberapa bulan yang lalu, ringgit kita berada di paras RM4.49. Tapi lepas ini akan jadi RM3.80 tak lama lagi,” katanya semasa berucap pada Program Bajet 2018 Bersama Rakyat – Penjawat Awam, di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Tanjung Rambutan, dekat Ipoh,

Sebelum ini, pembangkang melalui Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad sebelum ini menuduh nilai ringgit merosot dan lemah berbanding Dolar Amerika adalah kerana masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka enggan terima pada masa ringgit lemah, lebih banyak mata wang negara lain di dunia juga turut lemah. Pada Julai 2015, selain Ringgit Malaysia, ada 51 lagi mata wang yang kadarnya lebih teruk.

Kini, mata wang sudah bertambah baik dan terus mengukuh, kenapa pemimpin pembangkang tidak mahu kata masalah berkaitan pentadbiran Najib iaitu 1MDB sudah selesai akhirnya apabila mata wang mengukuh.

Kalau itu mahu dijadikan bukti kuat mereka menerima penyelesaian 1MDB, sepatutnya pembangkang hendaklah berhenti dari mengkritik kerajaan lagi dalam isu 1MDB kerana ia sudah lama selesai malahan hutang syarikat berkenaan juga sudah dibayar dan kini hanya tinggal sedikit sahaja untuk dijelaskan.

Syarikat pelaburan negara itu pun tidak rugi atau kehilangan wang seperti yang didakwa pembangkang.

Bak kata Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, walaupun penjelasan sudah banyak kali diberikan, tapi PH tetap menjadikan isu 1MDB sebagai sasaran menjadi modal politik mereka.

Menurut beliau, pembangkang sudah kehabisan isu untuk menghentam kerajaan. Mereka sengaja mempolitikkan dan memanipulasi 1MDB hingga ke luar negara semata-mata untuk memalukan Najib.

“Pembangkang tidak boleh menentang dasar kerajaan, maka mereka gunakan isu 1MDB.

“Ia adalah isu lama yang sudah selesai tetapi pembangkang terus menggunakannya untuk dapatkan sokongan”

“Mereka bukan tak faham, mereka tak mahu faham. Kita dapat lihat dengan adanya 1MDB, pelaburan asing meningkat, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat, pendapatan negara juga meningkat,” kata Arul Kanda.

Menurut beliau, Najib terus dikaitkan kerana beliau pernah menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

“Kuasa beliau hanya memberi nasihat dan oleh kerana kedudukannya, pembangkang menganggap Perdana Menteri bertanggungjawab walaupun tidak mempunyai kuasa eksekutif,” katanya.

Oleh kerana mereka masih mahu gunakan isu 1MDB sebagai modal mereka, sebab itu mereka tetap mengulangi serangan yang sama dalam negara dan di dalam Parlimen. Mereka tidak sedar, apabila mereka hentam kerajaan tentang 1MDB ketika ini, ia tidak memberikan kesan yang besar terhadap pengukuhan Ringgit.

Sepatutnya mereka sudah lama mengakui bahawa isu 1MDB bukan satu masalah malahan sudah selesai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *