Marina Mengaku Akhirnya Mahathir Sekepala Dengannya Kerana Sokong LGBT?

Anak sulung kepada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, Marina akhirnya mengakui bahawa beliau dan bapanya kini sudah serasi dalam banyak-banyak isu walaupun mereka berdua kerap berselisih faham dalam pelbagai isu sebelum ini.

Marina berasa begitu gembira kerana dulu Mahathir begitu anti dan membenci hubungan songsang sesama jenis selama 22 tahun sampai terpaksa memecat Timbalannya, Anwar Ibrahim yang terlibat dalam aktiviti homoseksual.

Berpuluh-puluh tahun Mahathir memegang prinsip itu tidak menyebelahi golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), tapi kali ini Mahathir sudah terima golongan itu yang mana Anwar akan jadi Perdana Menteri selepas beliau menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas jadi Perdana Menteri sementara.

Kononnya, Marina kata beliau percaya Mahathir ada alasan tersendiri kerana memecat Anwar.

Mungkin ketika ini, Mahathir bukan sahaja boleh terima homoseksual, tapi juga boleh terima golongan lesbian dan lain-lain hubungan songsang.

Marina sudah lama menyokong kumpulan LGBT sampai cetuskan kontroversi dalam negara dan pernah menyokong gerakan yang bernama Seksualiti Merdeka. Pada masa itu, ada organisasi bukan kerajaan, Jabatan Melayu Malaysia (JMM) sampai buat aduan kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).

Ketika Marina didakwa memberikan ‘Like’ kepada satu posting berkaitan dengan LGBT.

Mahathir baru-baru ini membuat pusingan U paling teruk dalam sejarah politiknya apabila mengakui bahawa langkah beliau memecat Anwar adalah salah sehingga beliau menyifatkan Anwar sepatutnya dibenarkan menjadi Perdana Menteri.

Padahal pada tahun 1998 ketika bulan September, selepas memecat Anwar, Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak boleh membenarkan seorang yang berkelakuan begitu teruk dari segi moral untuk menjadi Perdana Menteri untuk negara Malaysia.

Kini, selepas bersekongkol dengan DAP dan mahu mendapat tempat untuk bertanding dalam PRU14 atas ihsan parti-parti dalam PH. Apa sahaja berkaitan Anwar, Mahathir ketepikan dan semuanya hanya kerana kuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *