Jangan Bodohkan Orang, Yang Kosong Adalah Air Terawat Bukannya Empangan

TINDAKAN Menteri Besar Selangor Azmin Ali cuba memperbodohkan rakyat negeri tersebut beberapa hari yang lalu akhirnya memalukan diri beliau sendiri. Dalam perkara ini Azmin perlu menyalahkan diri sendiri dan penasihat beliau.

Azmin dengan angkuh dan bongkak mengajak Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili melihat sendiri empangan dan rizab air negeri, dan menuduh Putrajaya mempolitikkan gangguan bekalan air di negeri itu. Beliau menyenaraikan 9 empangan di Selangor yang sama ada 98% atau 100% penuh, antaranya Empangan Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Sungai Semenyih, Klang Gate dan Sungai Langat. Disamping itu juga beliau turut membidas Ketua Setiausaha Datuk Seri Zaini Ujang, seterusnya mencabar penjawat awam itu untuk turun bertanding pilihan raya umum ke-14.

Azmin Ali seharusnya memahami terlebih dahulu makna margin simpanan air sebelum membuat ‘ serangan balas’. Secara ringkasnya ia merupakan satu kaedah projeksi simpanan air dengan penggunaan air terawat masa hadapan.

Makna kosong peratus margin simpanan air ialah air terawat yang dihasilkan menerusi loji rawatan air yang hanya cukup-cukup untuk diagihkan kepada pengguna menerusi paip. Negeri Selangor tidak ada stok air lebihan untuk disimpan dalam tangki besar di kawasan perumahan atau perindustrian.

Kesimpulannya, di Selangor, isipadu permintaan air sama dengan isipadu penghasilan air terawat. Jika berlaku kerosakan loji atau paip pecah, maka kawasan terbabit akan mengalami gangguan bekalan air sehinggalah kerosakan tersebut dapat dipulihkan.

Jumlah gangguan bekalan air merupakan petunjuk utama untuk memantau tahap perkhidmatan bekalan air. Di Selangor sebagai contoh, sebanyak 259,537 aduan berhubung gangguan bekalan air direkodkan pada 2016 berbanding jumlah nasional 416,201.

Malah kadar kehilangan air terawat akibat kebocoran dan kecurian di Selangor, rezab bekalan air menjadikan keadaan bertambah buruk. Penduduk selangor menggunakan purata air yang tinggi iaitu 234 liter perkapita sehari berbanding purata nasional 209 liter perkapita sehari sedangkan jumlah air terawat tidak mencukupi.

Trend penggunaan air yang semakin meningkat juga tidak dapat menampung rezab simpanan air sedia ada akibat kebocoran paip, pencemaran sungai yang teruk dan kemarau berpanjangan. Kerajaan negeri sepatutnya segera mencari alternatif lain untuk menambah rezab simpanan air kepada 20 hingga 25 peratus dan jangan hanya menanti Projek Loji Rawatan Langat 2 (Langat 2) yang hanya akan siap pada 2022.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *