“Bertaubatlah Mahathir Selagi Ada Ruang Allah berikan”- Presiden PAS

Sombong dan bongkak, takbur dan riak itu lah sifat yang ada sekarang pada diri seorang yang dahulunya amat dihormati dan disanjung tinggi oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Benarlah apa yang dikatakan dalam agama Islam dimana apabila seseorang yang diberikan nikmat oleh Allah akan diuji segalanya.

Ujian yang diberikan itu bukan sekadar melalui perkataan yang dikeluarkan malah ujian  tersebut melalui perbuatan dan tindakannya. Apakah masih lagi ada ucapan kesyukuran dalam kehidupannya atau berubah seperti Qarun yang dibenamkan segala hartanya diperut bumi.

Adakah akan berakhir kematiannya seperti Mustapha Kamal Artartuk yang mana kesombongannya  terhadap nikmat yang diberikan sehingga mengatakan segalanya miliknya dan sehingga bumi tidak membenarkan jasadnya disemadikan.

Mahathir satu nama ketika dahulu dilihat sebagai tokoh yang amat disegani diseluruh dunia dalam  memperkatakan tentang  Islam, demokrasi, penjajahan, penindasan serta segalanya diperkatakan tanpa rasa takut kepada kuasa besar.

Kini nama tersebut juga sekarang sedang diperkatakan tentang pengkhianatannya kepada Negara sendiri, nama yang diperkatakan akan menumbangkan sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh pemimpin Islam, berbangsa Melayu didalam sebuah Negara yang menjadi kepunyaan orang Melayu untuk diserahkan kepada bukan Melayu Islam.

Dahsyat sekali tindakannya apabila setiap kehendak yang diinginkan tidak tercapai dan  menidakkan Qada dan Qadar Allah  bahawa sudah sampai masanya dia tidak lagi berkuasa dalam sebuah Negara,

Mahathir yang ada sekarang adalah Mahathir yang hanya tinggal rakan-rakan yang mahu bersama untuk mencuba nasib sebagaimana zaman kegemilangannya satu ketika dahulu dimana setiap ruang dan peluang itu diberikan  sesama mereka sahaja.

Mahathir yang sekarang hanya ada nama dan sedikit sokongan  dari penyokong yang hanya mengenalinya melalui KLCC dan beberapa projek mega yang  digunakan untuk memeras rakyat sehingga puluhan tahun.

Mahathir yang dahulu boleh melakukan apa sahaja sehingga memfitnah Anwar Ibrahim yang Pernah diaib, difitnah dipenjara lagi dan lagi, dimana Anwar tidak akan menghulurkan  tangan kepada Dr Mahathir untuk bersekutu.

Mahathir tidak punyai banyak peluang untuk bergerak sendirian bagi menumbangkan  Najib Razak, Mahu atau tidak Mahathir terpaksa menjilat setiap perkataan yang dihamburkan kepada DAP dan terpaksa menjadi pengkhianat kepada bangsanya hanya kerana sikap dendam yang mendalam terhadap Najib Razak.

Akhirnya, Dr Mahathir akur dan datang menghulur tangan kepada gabungan pembangkang yang sudah sedia kuat dibawah kepimpinan Anwar. Segala langkah politik yang beliau ambil kini tidak memungkinkan beliau boleh kembali kepada Umno. Kerana segala strategi yang disusun adalah untuk merebahkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Nama-nama besar seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar, Azmin Ali, Mat Sabu, Datuk Husam Musa, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan ramai lagi, mereka ini tidak mungkin gagal membaca langkah Dr Mahathir.

Kini nama-nama besar tersebut satu persatu mula dicincang, mula dibawa masuk dalam agenda Mahathir untuk menjadi yang dominan dalam menyuarakan pandangan dan keputusan. Namun disebalik kebijaksanaan Mahathir, Sebenarnya Mahathir gagal.

Mahathir melakukan pengkhianatan tahap tertinggi kepada Umno, bangsa dan negara apabila beliau berpaling tadah dan bekerjasama dengan pembangkang termasuk DAP yang mempunyai agenda sempit dan berbahaya, kata presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kini Mahathir tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan pihak DAP, perhimpunan haram BERSIH, Parti Amanah Negara, PKR dan lebih teruk dari itu bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti George Soros yang pernah dibenci dan disuruh kita benci sebagai penyangak mata wang.

Isu yang boleh dijadikan kredit untuk dia berkata-kata akan diucapkan, tetapi disebalik kemiskinan dan kesengsanraan yang acap kali diucapkan itu tidak melanbangkan segalanya apabila melihat kuasa perniagaan yang  berbillion dimiliki oleh keluarganya.

Kemarahan yang meluap Mahathir adalah disebabkan satu persatu “wang saku” dan  beberapa konsesi yang menjadi beban kepada rakyat dirampas semula oleh kerajaan bagi mengurangkan beban kewangan negara untuk membayar kepada  kroni Mahathir.

Bermula pengambilan IPP yang dibina dengan perjanjian berat sebelah menjadi titik kemarahan Mahathir terhadap Najib. Kemarahan ini meluap-luap apabila kegagalan Mahathir memujuk Najib untuk meloloskan diri anak kesayangannya dalam kerajaan.

Mahathir Mohamad telah menyerang kembali para pengkritik yang mempersoalkan kekayaan anak-anaknya, mengatakan kejayaan mereka adalah kerana hasil kerja keras mereka dan tidak ada kaitan dengan kedudukannya semasa  dalam kerajaan .

Tetapi Mahathir lupa, bahawa anak-anaknya memiliki syarikat-syarikat tersenarai awam seperti Tongkah, Pantai Hospitals, DiPerdana, Konsortium Perkapalan, Opcom dan lain-lain, ketika dia masih sebagai perdana menteri.

Mahathir gagal menafikan segalanya, kegagalan yang menyebabkan banyak wang kerajaan digunakan untuk menampung kerugiaan syarikat yang dimanopoli anaknya dan banyak wang kerajaan digunakan untuk tujuan itu.

Kegagalan Mahathir juga diperhatikan  apabila  dilihat sebagai saorang yang tidak memikirkan tentang Islam, tidak memikirkan tentang apa yang perlu dipertahankan yang lebih utama selain politik yang diperjuangkan.  Pada kali ini Mahathir redah segalanya.

Tiada lagi kutukan keras berkaitan dengan penghinaan terhadap Negara, penghinaan terhadap Islam di luar sana sebagaimana dahulunya dia membela Palestin, Bosnia, Moro , Islam Patani dari penindasan kaum kafir yang menjalankan agenda barat untuk melakukan agenda Evangelis.

Kini Mahathir dilihat amat selesa bersama agenda  dan fahaman yang disokong oleh pihak pembangkang keseluruhannya. Mahathir langsung tidak bersuara berkaitan LGBT, Perkahwinan songsang dan menolak mana yang halal dan haram dalam kehidupan keluarganya.

Sebagaiman kata Presiden PAS, Mahathir mesti bertaubat sebelum  Allah menghukumnya, dalam seusia 93 tahun Allah berikan segalanya kepada Mhathir. Allah berikan ruang untuk Mahathir  bertaubat. Allah berikan Mahathir untuk membetulkan kehidupan keluarganya yang terjurus kepada  amalan songsang.

Pernah Mahathir bersuara dalam hal ini untuk Islam, untuk keluarganya malah sokongan  anak anak nya terutama Marina  bersetuju tindakan yang diberikan oleh Mahathir seakan menyokong gerakan yang dilakukan oleh anaknya dalam memperjuangkan kesamarataan gender dalam kehidupan.

Justeru itu, Melayu Islam yang ada di Malaysia harus melihat perkara ini, Hukuman Allah bukan di alam kubur sahaja, malah hukuman pengajaran akan diberikan oleh Allah dengan bersekongkol dengan kumpulan yang sedemikian. Jadi tolak perjuangan Mahathir dan sekutunya demi Islam dan bukan kerana politik.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *