‘1 Rakyat 1 Rumah’: Pembangkang Menipu

Pakatan Pembangkang Terengganu dilihat melancarkan manifesto khas dengan menjanjikan sebuah rumah bagi setiap rakyat di Terengganu semalam.

Menurut sumber dalaman berkata, tindakan terdesak Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Raja Bahrin nampaknya cuba membohongi rakyta dengan tawaran yang tidak masuk akal.

Bayangkan beruntungnya bagi keluarga yang besar jumlah ahlinya dan bertambah beruntung bagi keluarga yang kaya raya kerana setiap ahli keluarga boleh memiliki sebuah rumah yang dihadiahkan oleh pembangkang sebagai janji pilihan raya.

Persoalannya.

1. Berapa nilai sebuah rumah dan berapa keluasan tanah yang akan diberikan.

2. Sempatkah lebih kurang 1.3 juta buah rumah dapat dibina sebelum masuknya penggal PRU yang lain.

3. Rumah yang dijanjikan dibina di tanah milik rakyat atau milik kerajaan
contoh kiraan. 1,3 juta penduduk Terengganu x RM70,000 (rumah mampu milik) = RM91,000,000,000.

Sedangkan bajet kerajaan negeri paling tinggi pun hanya sekitar RM2 bilion, jadi dari manakah wang sebanyak itu?

Kesemua wakil rakyat dan pemimpin pembangkang yang hadir semalam kalau dilihat dari ‘track record’ perkhidmatan sebagai Adun atau Ahli Parlimen apa yang mereka buat selama ini contohnyaYB Azan manifesto untuk pengundi sendiri pun tidak ditunaikan lagi, khabarnya pejabat khidmat masyarakat untuk rakyat Kuala Terengganu jarang-jarang dibuka atau sudah ditutup begitu juga Raja Bahrin.

Apakah janji beliau kepada pengundinya ketika PRU13 sudah ditunaikan sehingga hari ini kesemua adun atau ahli parlimen pembangkang tidak berani untuk menunjukkan bukti apa yang mereka telah buat kepada pengundi kawasan mereka.

Sebahagiannya banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur.

Mohon dengan kadar segera kesemua wakil rakyat pembangkang paparkan ‘kad prestasi’ kerja masing-masing sebelum menjanjikan bulan dan bintang.

Kalau jiran sakit di sebelah rumah mereka pun kerajaan negeri pergi bantu anda fikirkanlah janji sebuah rumah untuk setiap rakyat.

Adakah rumah untuk setiap ahli keluarga mereka didahulukan…

-terengganutimes

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *