Wanita Dirogol, Dikurung 10 Jam

Seorang ibu tunggal dirogol bekas kekasihnya dan dikurung kira-kira 10 jam di dalam stor di Kelana Jaya, Petaling Jaya, kelmarin.

Menurut sumber berkata, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira 7 malam apabila mangsa berusia 31 tahun, ditarik suspek menaiki kereta dipandu seorang lelaki lain dan dibawa ke stor berkenaan.

Beliau berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak itu juga dikatakan dipukul beberapa kali, selain kaki dan tangannya diikat.

“Setiba di stor terbabit, mangsa dipercayai dirogol bekas kekasihnya itu dan dikurung kira-kira 10 jam.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri pada 6 pagi sebelum meminta bantuan orang awam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berikutan itu, katanya, polis menahan dua lelaki berusia 34 tahun disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dan bekas kekasihnya itu saling mengenali sejak 2016,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *