[Video] Ibu Lalai, Anak Selamba Tengok Klip Lucah Di Tempat Awam

Kelalaian seorang ibu tidak sedar dan tidak memantau apa yang diihat oleh kanak-kanak mengakibatkan sebuah rakaman yang memaparkan kanak-kanak perempuan menonton klip video lucah di tempat awam menjadi tular menerusi media sosial.

Memetik sumber berkata, berdasarkan video pendek itu, budak perempuan terbabit yang masih di bawah umur dilihat leka menonton video aksi tidak senonoh pasangan dewasa tersebut melalui telefon bimbit dipercayai milik ibunya.

Di pertengahan rakaman video tersebut, jelas menunjukkan kanak-kanak terbabit dilihat duduk di samping seorang wanita dipercayai ibunya sambil menonton kandungan tidak senonoh melalui telefon bimbit tersebut.

Hasil daripada pemerhatian mendapati, wanita tersebut berkemungkinan besar tidak menyedari akan kandungan video yang tekun ditonton oleh kanak-kanak terbabit.

Rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut meluahkan rasa terkejut berhubung perkara itu selain sedih terhadap sikap kelalaian ibu bapa terhadap anak sendiri.

Justeru, apa yang menjadi pengajaran disini ialah, ibu bapa perlu memainkan peranan penting memantau keadaan dan kelakuan anak ketika menonton video di telefon.

[KGVID]http://www.pru14.tv/wp-content/uploads/2018/03/kanak-kanak-.mp4[/KGVID]

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *