Uji Tanggung Malu Selepas Berita Tular

Tular baru-baru ini,berita tidak tepat tentang diri penyanyi dan pelakon popular era1970an, Uji Rashid yang dikatakan diusir dari kediamannya sekarang sehingga terpaksa memohon untuk tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Beliau dikatakan kesal berikutan tersebarnya berita tersebut dan benar-benar malu untuk keluar berhadapan dengan orang ramai.

Menurut sumber, berita yang tular sejak Rabu lalu itu telah membuatkan Uji menanggung malu untuk berhadapan dengan orang ramai akibat pandangan serong yang dilemparkan kepadanya.

Menurut pengurus Uji, Kit Rushuhaimin yang dipetik daripada sebuah portal berkata, penyanyi yang popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu mengadu tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan persepsi masyarakat terhadapnya selepas berita itu tersebar.

Beliau dikatakan terduduk selepas membaca berita tentang itu dan mengadu pada pengurusnya.

Tambah Kit lagi, Uji juga kini berada dalam keadaan tertekan apabila dihubungi pelbagai pihak yang bertanyakan tentang perkara tersebut.

Apatah lagi semenjak setahun lalu, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang ini turut menyara cucu dan anak lelakinya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico yang sakit.

Difahamkan Uji memohon bantuan PPR bukan kerana diusir daripada kediamannya, tetapi sekadar alternatif untuk mengurangkan beban mereka sekeluarga yang kini menyewa di sebuah rumah di Ampang.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *