Ngeri!! Besi Tertusuk Dari Kemaluan Hingga Ke Leher

Sungguh mengerikan apabila besi sepanjang 130 sentimeter (sm) pada badan seorang lelaki selepas tertusuk pada kemaluan sehingga menembusi lehernya.

Sepasukan doktor akhirnya berjaya mengeluarkan besi berkenaan yang tertusuk pada kemaluan mangsa.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika mangsa Salim Sheikh, 33, bekerja di sebuah tapak pembinaan di Nashik, Maharashtra pada minggu lalu.

Sebuah portal melaporkan, Salim bekerja di tingkat satu bangunan baharu itu sebelum jatuh tergelincir ke atas timbunan besi dan sebatang besi menusuk badannya.

Imbasan menunjukkan besi turut menembusi usus kecil dan besar, hati, paru-paru serta diafragma.

“Pesakit terselamat kerana besi tidak terkena salur darah utama.

“Dia bernasib baik kerana organ penting lain termasuk pundi kencing dan buah pinggang tidak cedera,” kata Dr Ajay Bhandarwar yang merawatnya.

Bagaimanapun,lelaki terbabit terselamat selepas menjalani pembedahan yang memakan masa lima jam.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *