Helah Pekerja Seks Sanggup Bayar Lelaki Malaysia Berkahwin

Segelintir wanita warga asing sanggup membayar wang kepada lelaki warga Malaysia supaya berkahwin dengan mereka bagi tujuan mendapatkan pas untuk berada di Malaysia.

Menurut sumber, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, mereka bagaimanapun tidak tinggal bersama dan hanya berjumpa dengan lelaki yang dikahwini setahun sekali untuk tujuan lanjutan pas.

“Pas-pas tersebut dimohon sebagai kemudahan untuk tujuan bekerja di negara ini dan mengaut keuntungan yang lumayan melalui aktiviti tidak bermoral,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Mustafar memaklumkan, pihaknya mengadakan Operasi Gegar keatas dua buah pusat urut pada 14 Mac lalu di kawasan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Kata beliau, hasil risikan awal Jabatan Imigresen mendapati premis itu menawarkan pakej urutan dan juga tawaran perkhidmatan sampingan ‘urutan batin’ pada harga RM100 hingga RM150.

Menurut beliau, pemeriksaan juga mendapati kebanyakan wanita warga China yang ditahan dalam operasi itu mempunyai Pas Residen dan Pas Isteri Kepada warganegara tetapi bekerja di pusat-pusat urut.

Wanita-wanita itu juga dikatakan memberikan butiran palsu semasa menghantar permohonan mendapatkan pas-pas sebegini untuk menjalankan akitiviti-aktiviti tidak bermoral.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *