Hakim Luqman Galakkan Sumbang Mahram

APA sahaja perkara yang salah dan bertentangan dengan moral dan agama Islam sentiasa mendapat sokongan pembangkang diketuai DAP. Mengapa mereka memilih untuk berbuat demikian? Apakah motif mereka? Ramai berpendapat pakatan pembangkang mahu menerapkan budaya songsang dan jahat dalam negara kita kerana wujud “tangan ghaib” yang mahu menukar imej negara kepada kerosakan dan kehancuran semata-mata.

“Saya setuju untuk menyokong supaya orang bebas melakukan incest kalau nak. Kalau suka sama suka, rasanya teruskanlah menjalinkan hubungan incest.”

Demikian hujahan Hakim Luqman, salah seorang penyokong hak demonstran jalanan yang menuntut golongan LGBT diberikan hak mengamalkan amalan mereka di Malaysia.

Beliau mengemukakan pendapatnya yang sedemikian dalam salah satu siri komen beliau yang mahu mendidik umat Islam yang turut menyuarakan solidariti dan sokongan mereka kepada bantahan Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar terhadap demonstrasi terbaru yang dilakukan oleh pejuang dan pengamal seks sejenis LGBT bersempena dengan Hari Wanita di Kuala Lumpur.

Selain daripada menyokong demonstrasi gerakan pejuang hak LGBT di Kuala Lumpur baru-baru ini, Hakim Luqman turut menyokong kebebasan mana-mana individu yang mahu menjalinkan hubungan seks terlarang bersama ahli keluarga terdekat mereka, asalkan atas dasar suka sama suka.

Hakim Luqman berkata, “Saya ada sahaja kawan-kawan yang menjalinkan hubungan incest (secara bersetujuan, dan bukan paksaan), dan rasanya mereka pun tidak kurang baik daripada orang lain.”

Beliau juga menyuarakan lebih sokongan bagi mana-mana gay atau lesbian untuk mengecapi hubungan kelamin dengan ahli keluarga terdekat mereka kerana daripada pelakuan seks tersebut tidak akan menatijahkan penghasilan anak.

Nasihat beliau, “Tapi sebaik-baiknya janganlah sampai terlahirkan anak, sebab anak tu akan kekurangan dari segi kepelbagaian genetik. Jadi kalau incest gay atau lesbian, lagilah okay, sebab takde kemungkinan terhasilkan anak.

Hakim Luqman juga mengajak umat Islam yang membantah perhubungan seks sejenis supaya bersama-sama dengannya menggunakan akal fikiran sendiri dan bukan hanya terpengaruh dengan didikan para guru, ibu bapa dan agamawan yang tentunya hanya akan menentang hubungan homoseksual.

Beliau menerangkan, “Memang ada haiwan yang melakukan hubungan homoseksual, dan bukan semuanya untuk menunjukkan kekuasaan. Banyak juga yang melakukannya secara berpasangan sepanjang hidup.”

“Tapi, benar, manusia berakal dan mampu berfikir. Maka, marilah kita gunakan akal kita untuk renungkan sejenak: apakah sebenarnya keburukan homoseksual?”

“Mengapakah saudara katakan yang manusia yang menjalinkan hubungan homoseksual itu lebih teruk daripada binatang? Kerana diberitahu oleh cikgu/ibu.

Menyokong pembangkang seperti menyokong kehancuran tamadun manusia atau lebih tepat seperti menyokong iblis.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *