#PRU14 : BN Sudah Laksanakan 80 Peratus Janji FELDA Pakatan Dalam Manifesto

Sudah terang lagi bersuluh, sebahagian besar daripada perkara janji Pakatan Harapan (PH) sudah dilaksanakan lama dulu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Malahan, BN melaksanakannya lebih baik berbanding pembangkang.

Sebgai contoh, janji PH dalam manifesto PRU14 mereka untuk FELDA, sebanyak 80 peratus daripada telah dan sedang dilaksanakan oleh BN.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad berkata janji yang dibuat pakatan kepada peneroka FELDA tidak munasabah dan menunjukkan mereka tidak faham akan sistem mentadbir urus agensi itu.

“Contohnya dalam iltizam mereka menyebut pelupusan 50% hutang peneroka sedia ada, sedangkan ada lebih 7,000 peneroka yang sifar hutang.

“Bayangkan kalau dilupuskan RM5,000 bagi setiap peneroka yang berhutang, bagaimana pula mereka yang sifar hutang. Ini tidak adil kepada mereka. Malahan, jumlah hutang peneroka juga berbeza,” katanya pada sidang media khas menjawab Manifesto PH Berkaitan Felda di Menara Felda di ibu negara hari ini.

Sebaliknya beliau berkata, pendekatan BN lebih bersifat holistik dan memberi faedah kepada semua, iaitu hutang peneroka dilupuskan sebanyak RM5,000 manakala bagi peneroka yang sifar hutang akan menerima wang tunai RM5,000.

PH dalam manifesto yang dilancar baru-baru ini mengemukakan 5 iltizam khusus untuk warga Felda, antaranya menyusun semula tadbir urus Felda dan membela nasib peneroka serta mengurangkan beban mereka.

Shahrir berkata, janji pakatan pembangkang untuk mentransformasikan Felda dilaksanakan BN melalui Felda 2.0 yang akan memberi wajah baharu kepada 317 kawasan tanah rancangan Felda di negara ini, bermula dengan Felda Lurah Bilut di Bentong, Pahang.

Katanya, kerajaan BN juga mempunyai perancangan lebih tersusun dan terancang untuk meningkatkan lagi pendapatan peneroka, antaranya merancakkan aktiviti pelancongan melalui ekopelancongan dan agropelancongan di kawasan tanah rancangan Felda.

Selain itu, katanya, penglibatan wanita dalam lembaga pengarah Felda juga akan ditambah melalui pelantikan seorang lagi wanita dalam kalangan generasi ke-2 Felda dalam masa terdekat.

Kini, Felda hanya mempunyai seorang ahli lembaga pengarah wanita yang memegang jawatan ketua Penerokawati Wilayah Raja Alias di Negeri Sembilan, iaitu Ramlah Jelani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *