Krisis Air Di Selangor Berulang Lagi

Rakyat Selangor terpaksa berdepan dengan situasi yang sama apabila krisis air di Selangor berulang lagi dan berulang hampir 20 tahun lalu, namun sehingga kini tiada satu jalan penyelesaian yang diambil sama ada oleh pihak kerajaan negeri mahupun Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) bagi mengatasi masalah itu.

Kali ini,lebih dua juta penduduk di sekitar Lembah Klang sekali lagi terpaksa berdepan dengan gangguan bekalan air kali kedua untuk tahun ini, membabitkan 498 kawasan.

Gangguan itu berlaku disebabkan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor

Sebelum ini,krisis air juga pernah berlaku pada tahun 2004 apabila 384 unit rumah yang terputus kemudahan bekalan air beberapa minggu tidak menerima bekalan air secara konsisten.

Menurut sumber dalaman berkata, sebelum ini juga beberapa penduduk juga menyifatkan gangguan bekalan air tersebut lebih memudaratkan dan penduduk juga berharap isu itu dapat ditangani dengan lebih serius oleh kerajaan negeri Selangor kerana ia amat menyeksakan rakyat yang tidak sepatutnya menanggung beban seperti itu.

Namun,kedegilan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak)yang sehingga kini enggan membuat tawaran harga kepada Syarikat Pengeluaran Air Sungai Sela­ngor Sdn. Bhd. (Splash) yang dikatakan adalah salah satu punca krisis air di Selangor yang membebankan rakyat di negeri itu dan sekitar Lembah Klang.

Susulan itu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan tidak dapat memberi bantuan termasuk pinjaman sekiranya diperlukan bagi menyelesaikan krisis tersebut.

Beliau menyifatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali tidak berani menawarkan harga untuk mengambil alih Splash.

Sudah 3 kali perjanjian dikatakan ditangguhkan hanya kerana menteri besar Selangor dan Selangor keseluruhan takut bayang-bayang Bandar Tun Razak (Khalid).

Puncak Niaga Holdings Berhad menerima tawaran kerajaan Selangor pada 2014 untuk mengambil alih semua ekuiti, aset dan liabiliti syarikatnya dengan harga RM2.47 bilion, Syabas (RM3.11 bilion) dan ABBAS (RM900 juta).

Maximus dalam pada itu berkata, kerajaan pusat boleh menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) untuk menyelesaikan penyusunan air di Selangor, atas faktor keselamatan negara.

Krisis air di Selangor juga dikatakan akan lebih buruk sekiranya kerajaan negeri enggan melakukan proses migrasi sebelum Julai ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang,juga berkata proses migrasi kepada sistem baharu yang lebih sistematik dalam kerangka Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA 2007) itu perlu dilaksanakan dalam tempoh empat bulan lagi.

Dalam pada itu,kerajaan pusat juga dikatakan perlu menilai langkah-langkah pilihan untuk mengatasi keadaan ini, satu daripadanya adalah menggunakan Akta 655 yang mengatakan in the interest of national security, kerajaan boleh memasuki ruang ini dan mengambil alih penatadbiran air untuk sementara waktu untuk dipulihkan penstrukturan itu.

Jadi, adakah Azmin mahu mengelak daripada bertanggungjawab dalam isu ini?Krisis ini semakin tenat dan memberi bayangan kepimpinan Selangor sama tenat seperti isu ini.

Ironinya, krisis air Selangor ini sendiri sudah membuktikan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan juga membuktikan Menteri Besar Selangor itu gagal mengawal isu terutama permasalahan utama yang melibatkan rakyat.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *