Warga Emas Maut Terjun Tingkat Dua

Warga emas berbangsa Cina maut selepas dipercayai terjun dari tingkat dua bangunan kedai BB Bazaar Melaka, Bukit Beruang, Melaka, petang semalam.

 
Memetik BH Online, dalam kejadian 3 petang itu, pengawal keselamatan bertugas menemui mayat Gan Lian Heng, 69, berhampiran kedai dobi layan diri selepas mendengar bunyi dentuman kuat.
 
Sejurus itu, pengawal keselamatan berkenaan keluar dari bangunan dan mendapati mayat seorang lelaki sudah tertiarap di lantai kaki lima bangunan.
 
“Mangsa dipercayai terjun dari tingkat dua bangunan dan siasatan awal menemui sepasang selipar dipercayai miliknya di tingkat dua,” kata sumber.
 
 

Foto: BH Online
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengesahkan kejadian dan berkata, ada saksi yang nampak mangsa terjatuh dari atas bangunan berkenaan.
 
Menurutnya, mayat dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.
 

“Polis masih melakukan siasatan mengenai motif kejadian. Buat masa sekarang, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *