Amalan Politik Fitnah Pembangkang Perlu Dikekang

Wujud agenda jahat yang tersembunyi oleh DAP atau pihak pembangkang di sebalik cadangan kerajaan UMNO-BN untuk memperkenalkan undang-undang bagi membendung gejala berita palsu.

Penentangan secara terbuka oleh pihak pembangkang ini adalah bertujuan untuk menghalang kerajaan  dengan sokongan rakyat yang telah dibutakan hati dan minda oleh mereka agar boleh meneruskan kegiatan penyebaran maklumat  yang berbaur fitnah dan palsu.

Sebelum ini dengan sewenangnya, pihak pembangkang terus  melakukan penyebaran melalui ceramah-ceramah yang mereka laksanakan. Penyebaran maklumat dan fakta palsu yang berbaur fitnah dilakukan dengan sewenangnya tanpa sekatan.

Sehingga hari ini difahamkan  sebanyak 27 penipuan dan fitnah politik  yang dilakukan oleh Rafizi Ramli yang mana hanya beberapa sahaja yang dikenakan tindakan melalui Akta SKMM dan kanun kesiksaan. Diantara fitnah yang dahsyat sehingga menyebabkan industri ruminant yang dimanopoli oleh orang Melayu hancur.

Cadangan kerajaan untuk membuat akta perundangan ini tidak lain bertujuan untuk menghalang budaya fitnah yang amat buruk natijahnya kepada Negara, mempergunakan undang-undang itu sebagai ‘senjata’ baru untuk memberi tekanan kepada  pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang agar lebih bertanggung jawab dalam berpolitik.

Politik persepsi dan fitnah ini sudah meluasa tanpa sekatan sehingga ianya merosakkan keharmonian  kaum dan menganggu ketenteraman awam dan  yang paling dasyat lagi ialah berkaitan dengan keselamatan Negara.

Bercakap mengenai isu keselamatan Negara , rakyat terus ingat betapa budaya fitnah ini telah dilakukan oleh pihak pembangkang berkaitan dengan isu tragedi Lahat Datu yang telah mengorbankan  lapan nyawa anggota keselamatan Negara  yang dikatakan sandiwara UMNO oleh Pakatan harapan.

Apa yang pasti Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim ketika itu  seakan membenarkan jentera dakyah tentera siber mereka menularkan dengan  giat fitnah menggunakan berita dan fakta ‘palsu’ ke atas pemimpin-pemimpin kerajaan dan anggota keselamatan.

Politik di Malaysia kini telah dicemari dengan gejala fitnah dan pembohongan fakta secara  terancang dilakukan pembangkang. Mereka yang memainkan cerita bohong dan palsu supaya rakyat menolak UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN)

Penyebaran berita fitnah memuncak apabila aplikasi media sosial digunakan secara meluas terutama setiap kali menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU).Selepas PRU-13, berita-berita palsu dan serangan fitnah diperhebatkan oleh pembangkang sehingga mengelirukan masyarakat umum.

Fitnah yang kedua paling dahsyat dilakukan oleh pihak pembangkang ialah apabila mereka melancarkan tohmahan dan berita palsu terhadap  Datin Seri Rosmah Mansur  oleh Rafizi Ramli  sehingga ianya menjadi senjata bagi pembangkang untuk mendapat kan sokongan.

Pembangkang termasuk pihak berkepentingan mensasarkan Rosmah dengan pelbagai tuduhan tidak berasas selain penghinaan dan cacian keterlaluan dan merujuk kepada beberapa siri tohmahan jahat ke atas beberapa pemimpin UMNO / Barisan Nasional yang tersebar luas di media sosial baru-baru ini.

Semua jenis pembohongan, berita palsu dan fakta yang salah ini perlu dikecam keras dan harus dikekang  dengan satu system perundangan yang tegas dan ketat agar ianya tidak menjadi barah ke dalam masyrakat yang berbilang kaum dalam Negara ini.

Sebelum kewujudan DAP dan pembangkang yang lain, keharmonian dan  kehidupan yang saling percaya dan mempercayai  serta saling menghormati  menjadi teras keamanan  kehidupan dalam negara ini.

Selain itu, serangan serupa turut berlaku dalam pendakwaan kes rasuah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan ketegasan yang sama untuk membenteras amalan rasuah terhadap pemimpin kleptokrat dikalangan pembangkang  .

Dalam satu pembongkaran penipuan dan penyalahgunaan kuasa  serta fitnah yang dilakukan oleh pihak pembangkang adalah menidakkan  pembongkaran  menteri MCA di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong isu berkaitan terowong dasar laut  yang dikatakan oleh pembangkang untuk mensabotaj dan memusnahkan kepercayaan awam kepada DAP dan HARAPAN.

Sedangkan secara nyatanya ianya adalah ditnah terhadap  timbalan presiden MCA tersebut yang  memberikan fakta yang sebenar melalui serangannya terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang melibatkan projek terowong bawah laut.

Semua tindakan tidak bermoral dan tidak beretika ini merupakan legasi terhebat keluarga Lim serta pembangkang  yang dibelenggu dengan gelaran kleptokrasi global akibat skandal puluhan billion yang disiasat oleh SPRM sehingga menyebabkan Malaysia berada di kedudukan tercorot selepas 23 tahun Indeks Persepsi Rasuah diperkenalkan.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *