Pembangkang Sinonim Dengan Fahaman Liberal, Pluralisme, Ethies Dan  Orientalis

Dr Peter G. Riddell berkata kemenangan besar pembangkang di Malaysia didorong oleh rasa tidak puas hati rakyat yang berbilang agama dengan dasar kerajaan khususnya golongan minoriti agama lain menyuarakan protes mereka terhadap pemimpin Islam.

Sebagai sokongan terhadap pihak pembangkang di Malaysia , sebagaimana di  Negara Teluk, agenda untuk menjatuhkan kerajaan dilancarkan pada PRU12  dan dikatakan masa yang terbaik bagi pembangkang untuk menguasai Malaysia.

Slogan ‘regime change’ (fungsi utama NED) telah dialncarkan keseluruh Negara untuk mengubah kerajaan yang sedia ada kepada sebuah kerajaan yang berfahaman pluralism , liberal dan tidak ada kebergantungan kepada Islam sebagai Agama persekutuan lagi.

Malang nya pada PRU12 yang lalu pihak pembangkang,  mereka tak dapat cukup kerusi. Wan Azizah kata “fajar menyinsing” (New Dawn) untuk Malaysia selepas PRU 12. “New Dawn” juga slogan yang dicipta oleh barat untuk  pihak pembangkang mengorak langkah semula  pada PRU13 akan datang.

Kita orang Melayu akan kehilangan segalanya ketika itu! Mereka mendapat pembiayaan yang sangat besar untuk PRU 12 , dan mungkin lebih besar lagi untuk PRU 13 dan lagi besar untuk PRU14 nanti. Puzzle hampir lengkap sudah.

DAP dan PKR sudah memainkan peranan mereka untuk membawa Mahathir kedalam kancah politik  Orientalis dan Pluralisme. Pengikut hanya tahu isu  yang diperkatakan  dan mereka buta tentang  hal yang tersembunyi dalam agenda Yahudi yang dikatakan dibawa oleh DAP dan PKR.

Kuasa-kuasa asing cuma mahu melakukan perkara itu menjadi lebih buruk, menggunakan polisi ‘pecah perintah’ untuk mengambilalih mana-mana negara. Kumpulan “Pro-Demokrasi”.

Kalau di Malaysia, Projek Pluralisme sangat bahaya kerana berkait dengan usaha menyamaratakan antara agama yang dikenali sebagai Interfaith Council (IFC) atau Interfaith Commission (IFC) yang ditaja oleh Konrad Adenuer Foundation (KAF), Institut Kajian Dasar (IKD) dan Bar Council.

Lebih menarik lagi, KAF, IKD dan Bar Council merupakan badan pemikir dan penaja Anwar di Malaysia. Jadi dengan kewujudan HARAPAN yang diketuai oleh  Anwar, Mahathir dan  Muhyidin serta Kit Siang seakan telah bersetuju dengan agenda pluralism, liberal serta Evangelis yang dibawa oleh barat kedalam Pakatan.

Dalam hal ini persoalan yang timbul ialah dimanakah fahaman  yang dibawa oleh Mahathir serta lain lain sebelum ini?  Sudah pastinya akan mengorah langkah  baru iaitu bersama dengan DAP dan PKR dan adakah secara terpaksa  bersetuju dengan agenda yang bakal menghancurkan Islam.

Secara tidak langsungnya PPBM telah mengubah  fahaman menjadi  seperti diatas. Selepas ini jangan kita hairan apabila pengiktirafan kepada IFC, Merdeka Center, IKD serta sokongan terhadap Bar Council diucapkan oleh Muhyiddin dan Mahathir.

Sebelum ini , satu lagi badan pemikir Anwar iaitu MEGC (Middle Eastern Graduate Center) telah menerbitkan buku-buku berbentuk pluralisme untuk menyebarkan ideologi persamaan antara agama di Malaysia. Lebih menarik lagi pengarah MEGC, Mustaqeem Mahmood Radhi adalah penulis utama IKD (badan pemikir Anwar).

Dari sudut fahaman kita sudah sedia maklum bahawa DAP dan PKR adalah penyumbang kepada  membawa fahaman Orientalis di Malaysia. Diantara muka muka yang dilihat amat ketara sebagai penyokong dan pendokong kepada agenda ini  dapat dikenal pasti dengan jelasnya.

Siapakah yang tidak mengenali Marina Mahathir dimana  dengan berpaksikan  NGO  Sister In Islam  telah banyak kali mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan  amalan Agama Islam dan mengagongkan amalan liberal dan menyokong gerakan LGBT dalam Negara ini.

Siapa juga yang tidak kenal Hishamudian Rais yang sudah pun mengaku dilahirkan sebagai saorang Islam tetapi tidak menganut Agama Islam dan dalam erti lain tidak mempunyai pegangan agama  dan bebas mengikuti apa juga fahaman. Ini juga dikenali sebagai Ethies.

Hannah Yeoh sememangnya semua orang tahu dan merupakan seorang pendakwah Evangelis yang menggunakan proksi politik sebagai medan untuk penyebaran Kristian  dan perkara ini dapat kita lihat dengan terbitnya buku  “Becoming Hannah”.

Marina Chin yang terkenal dengan demontrasi  BERSIH juga adalah salah saorang  penyokong kuat amalan  LGBT  yang mana tuntutan  untuk menghalalkan kumpulan ini agar ianya mendapat tempat dalam Negara Malaysia sedang diperjuangkan.

Fahaman ini semua orang tahu, dan  dimana  membawa masuk penyebaran kristian melalui Evangelis serta pengkaderan dikalangan orang Melayu.  Sokongan Anwar terhadap Orientalis dapat dilihat apabila JAKIM mula mengharamkan buku-buku Orientalis dijual di Malaysia.

Jadi dengan wujudnya PH yang  kita sedang melihat  penglibatan secara langsung Mahathir dan PPBM kedalam kancah pertukaran ideologi dan perjuangan yang dahulunya untuk Agama , Bangsa dan Negara  kini bertukar kepada fahaman Pluralisme dan mengangkat ianya sebagai dasar perjuangan kesamarataan.

Barangkali ‘Harapan Baru’ merupakan ilmu yang ditimba ketika menuntut di Universiti Jesuit Georgetown, Amerika Syarikat CMCU (Center for Muslim–Christian Understanding) sekitar tahun 2005, yang berketuakan seorang aktivis Jesuit terkenal John Esposito.

Sebab itu ketika Anwar melalui Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU 12, Majalah Gereja ‘Church Times’ merumuskan “Pilihan raya ke-12 itu telah melemahkan Islamisasi di Malaysia”

Sekarang DAP memainkan peranannya bersama PKR untuk memastikan ‘New Hope” yang diperjuangakan bersama Yahudi dengan dana yang amat besar akan tercapai pada pRU14 nanti  disamping mendapat sokongan Mahathir serta pengikutnya.

Mewujudkan agama Islam selari dengan fahaman PKR dan DAP  sendiri yang akan cenderung kepada ajaran New Age (plurisme agama) dan kehendak penyumbang dana mereka .Di masa yang sama, PRU13 akan berlaku semasa era kekeliruan yang paling tinggi.

Kekeliruan yang dimaksudkan itu ialah kehangatan (kononnya) akan berlaku kehancuran dunia 2012 (galactic alignment), solar flares, polar shift, project Blue Beam / HAARP, economic crash, dan bermacam2 fitnah Dajjal.

PKR dan DAP telah menggunakan kekeliruan ini untuk mengambil kesempatan merampas tampuk pemerintahan melalui “demokrasi” – manipulasi undi menggunakan taktik2 halus.

Sekarang kita dapat bayangkan bagaimana setelah HARAPAN dilancarkan dengan berpaksikan PKR dan DAP dengan sokongan barat. Apakah akan berlaku kepada Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu selepas ini.

Oleh itu, demi mempertahankan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang beragama Islam , orang Melayu seharusnya sedar bahawa agenda yang dibawa oleh Pakatan sekarang ialah  agenda untuk membunuh dan meletakkan Islam itu dibawah telapak kaki mereka.

Perjuangan untuk mempertahankan semua ini dari dilacurkan oleh pemimpin Melayu pembangkang yang sudah liberal, seharusnya semua orang melayu mesti mempertahankan kerajaan yang dipimpin oleh Melayu Islam.

Kegagalan ini  akan mengakibatkan  betapa dimasa akan datang kita akan melihat Islam itu hanya setaraf dengan agama yang lain dan kesuciannya akan dilacurkan oleh pemimpin Melayu yang hanya mabukkan kuasa dan jawatan dalam politik.

Renung sedalamnya, jangan hanya kerana kita tidak puas hati pada satu perkara yang remeh kita sanggup menyerahkan Negara yang diperintah oleh pemimpin Islam kepada pemimpin  kafir  dimana sokongan liberal., Evangelis, Ethies, Pluralisme berpihak kepada mereka.

Akibatnya nanti, Islam akan hancur dihadapan mata kita sendiri , dan dimana itu tiada apa yang seharusnya disesalkan dan segala yang dipertahankan  akan terus diubah segalanya. Jadi pada PRU14 akan datang pilihlah saorang pemimpin yang mampu meletakkan Islam itu di tempat yang sepatutnya.

–  pru14.tb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *