Bahana Cemburu,Isteri Dibelasah Guna Parang

Tular video yang dikongsi di media sosial menunjukkan dua lelaki bertindak mengelar seorang wanita.

Susulan itu, polis menyiasat kes tersebut yang dipercayai berlaku di kawasan perindustrian di Klang.

“Kami sedang mengesan suspek dalam video itu. Siasatan awal mendapati ia melibatkan pergaduhan antara suami dan isteri,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi.

Video itu bermula dengan seorang lelaki menarik dan memukul seorang wanita di depan sebuah kereta biru, manakala beberapa individu lain yang menyaksikan insiden itu hanya menjerit tanpa menghulurkan bantuan.

Kemudian, seorang lelaki dilihat keluar dari kereta itu sambil membawa parang dan berjalan ke arah pasangan itu. Seorang lagi lelaki mengheret wanita itu ke tempat duduk penumpang kenderaan itu.

Seketika kemudian, pintu kereta dibuka dan suspek mengambil senjata dan bertindak mengugut untuk mengelar wanita itu.

Seterusnya, dua lelaki itu telah mengheret wanita berkenaan ke tepi pintu bahagian penumpang sebelum seorang suspek melibas senjata ke arah mangsa.

Kedua-dua suspek kemudiannya mengangkat wanita yang menjerit kesakitan itu ke dalam kereta sebelum memandu meninggalkan lokasi kejadian.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *