Wan Tarmizi Saran Isteri Hadiahkan ‘Madu’ Kepada Suami

Sempena sambutan Hari Wanita 2018, Ketua Penerangan PAS Perak Wan Tarmizi Abd Aziz mencadangkan wanita menghadiahkan isteri baharu kepada suami sebagai tanda menghargai golongan wanita.

Kenyataan itu dibuatnya menerusi laman Facebook (FB), semalam.
 
“Hari Wanita akan lebih bermakna jika wanita itu menghadiahkan seorang lagi wanita kepada pasangannya sebagai tanda menghargai wanita lain,” tulisnya.
 
 

Foto: FB/MalaysiaKini
 
Berikutan itu, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi netizen.
 
Menjawab persoalan orang ramai, Wan Tarmizi berkata kepada MalaysiaKini bahawa apa yang disampaikannya merupakan sesuatu yang dibenarkan dalam Islam.
 
“Ini bukan pendapat saya (tetapi) pandangan dalam Islam,” katanya.
 
Pun begitu, ada garisan syarat yang perlu dipatuhi sebelum seorang suami itu menambah ‘cawangannya’.
 
“Islam meletakkan syarat (mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada semua isteri) dan kalau tak dapat penuhi, tak boleh berpoligami. 
 
“Ini ketetapan agama, bukan ikut syarat (buatan) manusia,” jelasnya.
 
Wan Tarmizi bagaimanapun enggan mengendahkan pandangan negatif orang ramai terhadap kenyataan terbukanya itu dan tidak akan memohon maaf kerana hanya menyampaikan apa yang dibenarkan agama.
 
Selain itu, dia tidak mengulas lanjut sama ada isterinya berkongsi pandangan sama berkenaan isu poligami.
 
Sebelum ini, Sinar Online melaporkan akaun FBnya digodam pihak yang ingin menjatuhkan imejnya dan PAS dengan memuat naik status mengundang kecaman.
 

“Solat dibuat tapi tak mahu pangkah PAS, mesti solat orang itu tak betul,” bunyi status itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *