Manchester United Sedia Lepaskan Pogba

MANCHESTER United bersedia untuk menjual Paul Pogba pada musim panas ini, lapor The Indipendent.

Red Devils akan menyokong Jose Mourinho dalam pasaran perpidahan dan memindahkan sebarang pemain yang tidak menepati perancangannya.

Ed Woodward rela memberikan kata putus tentang masa depan skuad tersebut dibuat oleh jurulatih kelahiran Portugal itu.

Anthony Martial mungkin dilepaskan oleh Manchester United dalam usaha membebaskan dana yang diperlukan untuk membawa Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford, lapor El Gol Digital.

The Red Devils percaya mereka boleh menarik pemenang Ballon d’Or lima kali dari Real Madrid itu dengan nilai €200 juta (RM963 juta), tetapi perlu menjual pemain lain untuk menjana wang dan mewujudkan ruang dalam skuad mereka.

Situasi tersebut boleh menyebabkan Martial ditunjukkan jalan keluar.

Sementara itu, Paris Saint-Germain sedang menyediakan tawaran kepada pengurus Chelsea, Antonio Conte, lapor Daily Mail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *