“Jering Punya Pasal, Rita Rudaini Pula Dibawangkan” – Netizen

Aduh! Kawan punya pasal, orang lain kena tempias. Berikutan kontroversi melanda pelakon Izreen Azminda, tak pasal-pasal pakcik makcik bawang tarik nama kawan baiknya sekali iaitu Rita Rudaini.

Kerana perceraian antara Ude dan isteri pertamanya, Izreen ‘dicop’ sebagai perampas dan dituduh meruntuhkan rumah tangga orang lain.

Apa lagi, berbondong-bondonglah skuad bawang menerjah akaun Instagram Rita yang menyerangnya dengan pelbagai komen negatif.




Kesian madu kawan u sis


Lumrahlah, Rita mesti bengang bila dikecam atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

Tak dapat hambur kecaman pada tuan punya badan, kawan baik pun jadilah tempat untuk netizen membawang.

Orang lain sedap kahwin, I pula yang kena…


Bagaimanapun, masih ada pengikut setia dan simpati dengan nasib Rita yang menjadi mangsa keadaan.

Semua salah jering

Foto: IG Rita Rudaini


Adoi! Inilah perkara yang paling ditakuti dan merimaskan. Bila dah jadi kawan baik seseorang tu, secara tak langsung pasti namanya akan turut terpalit kontroversi.

Apapun, semoga mereka semua dapat ‘keluar’ dari kemelut ini dengan cara baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *