The Economist Akui Isu DOJ Hanyalah Tuduhan Semata-Mata

Agensi berita asing The Economist dalam satu laporan hari ini mengakui bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memimpin Barisan Nasional (BN) akan menang pada PRU14 di Malaysia nanti. Laporan berkenaan mengakui bahawa isu Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) hanyalah tuduhan semata-mata.

Walaupun ada saman sivil dari pihak DOJ tapi menurut laporan berkenaan, ia hanyalah satu tuduhan semata-mata dan tidak dapat disertakan dengan bukti.

Menurut laporan itu, biasanya di sesebuah negara yang kerajaannya dituduh mengambil dana secara salah dari syarikat milik kerajaan, parti pemerintah akan sukar untuk menang dalam pilihan raya tapi tidak di Malaysia.

The Economist turut mengulas berkenaan kes berkenaan yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Perdana Menteri konsisten menafikan perkara itu dan mengarahkan siasatan segera dijalankan sebaik sahaja kes melibatkan DOJ diketahui oleh kerajaan.

Tajuk artikel ‘Malaysia’s PM Is About To Steal An Election’ kelihatan seperti The Economist mengkritik Najib tapi dalam intipati artikelnya, ialah Najib akan tetap menang walaupun berdepan cabaran kerana pengundi tahu ia adalah tuduhan semata-mata.

Pembangkang pula memainkan peranan mengulang-ulang tuduhan itu berkali-kali walaupun sudah dijawab atau diberikan penjelasan untuk menjejaskan keyakinan pengundi kepada BN sehingga tarikh PRU14.

Menurut laporan itu lagi, walaupun ditekan tetapi Najib tetap konsisten kerana beliau tahu beliau ada penyokong dan orang-orang kuat yang setia menyokong beliau kerana prinsip perjuangan bukan kerana ganjaran atau balasan.

Biarpun, pada PRU13, BN hanya dapat majoriti mudah, pada PRU14 nanti laporan itu menjangkakan BN akan kembali menang bergaya dengan majoriti dua pertiga.

Semalam, pakatan sudah pun melancarkan manifesto untuk PRU14 yang kebanyakannya hanya meniru BN sahaja dengan kebanyakan janji-janji mereka. Banyak janji PRU13 dan PRU12 pun belum lagi ditunaikan sudah mahu buat janji baru yang bakal terbiar dan tidak dilaksanakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *