DAP Pasang Jerat Janji Pada Penjawat Awam

Biro Buruh DAP akan mewujudkan Jawatankuasa (JK) Bertindak Pembela Penjawat Awam bagi melindungi hak-hak demokrasi di kalangan 1.6 juta penjawat awam di negara ini.- Roketkini

Semakin dekat pilihanraya , semakin itu juga kita dapat melihat betapa desparadonya pemimpin tua dan muda DAP cuba menghapuskan kenyataan kenyataan yang mereka ucapkan dan cadangkan apabila memenangi pilihanraya umum akan datang.

Desparado ini bukan sahaja dikalangan pemimpin muda Cina DAP, malah penyakit ini telah berjangkit kepada pemimpin Melayu DAP yang mabuk apabila mengatakan bahawa DAP akan menjaga kebajikan dan melindungi penjawat awam di Malaysia.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi Biro Buruh DAP yang mana menyatakan menerima aduan daripada  penjawat awam yang dikatakan ketakutan apabila diancam  dengan kenyataan yang datangnya dari  pihak kerajaan kepada penjawat awam.

Mungkin pemimpin buruh ini  mabuk daun ketum agaknya apabila tidak melihat sumbangan yang diberikan oleh kerajaan terhadap penjawat awam dalam Negara ini. Sumbangan yang tidak berbelah bahagi  kepada mereka mahupun dari kalangan penjawat awam terdapatnya penyokong tegar DAP.

Menurut Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, tujuan jawatankuasa itu diwujudkan adalah untuk mempertahankan mana-mana penjawat awam yang menerima tekanan untuk mengundi mana-mana parti politik tertentu menjelang pilihan raya umum ke-14.

Mungkin  Naib Pengerusi Biro ini masih lagi bermimpi disiang hari, apabila dalam keadaan mamai beliau lupa dengan ancaman yang dibuat oleh Tony Phua terhadap  cadanagan DAP untuk melakukan pengurangan kuantiti penjawat awam.

Hal ini diperkatakan sendiri oleh Tony Phua  selaku Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, mencadangkan untuk mengurangkan pejawat awam sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas kuasa pentadbiran kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Perkara ini turut telah disiarkan dalam banyak portal dan  akhbar termasuk Sinar Harian dan juga portal media elektronik. Jadi penafian apakah yang mahu dilakukan oleh Naib  Pengerusi Biro Buruh DAP ini. Cukup cukup lah mahu melindungi agenda jahat DAP untuk memusnahkan  periuk nasi rakyat.

Bukan itu sahaja, malah Jeff Oii juga turut mengeluarkan kenyataan dimana beranggapan  bahawa taraf penjawat awam yang ada di Malaysia ini hanya seperti “kucing Kurap” dan dianggap golongan yang pemalas.

Tidak cukup dengan penghinaan tersebut,  cadangan  untuk mengurangkan separuh daripada penjawat awam di Malaysia  juga dicadangkan oleh DAP bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang telah dianggap satu pembaziran wang Negara.

Biro Buruh DAP mungkin tidak lagi sedar bahawa DAP adalah musuh kepada penjawat awam dalam Negara ini setelah ianya diwujudkan sendiri oleh DAP sendiri. Untuk DAP  melindungi hak-hak demokrasi di kalangan 1.6 juta penjawat awam di negara ini adalah satu perkara yang tidak masuk akal.

Kedangkalan untuk memberikan cadangan yang koleltif oleh pemimpin DAP ini sekali gus menunjukkan betapa  Negara akan hancur dan peningkatan kemunduran akan berlaku  dalam Negara. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi setelah kita melihat betapa Pulau Pinang dan Selangor  dalam keadaan tenat sekarang.

Ketenatan Pulau Pinang dan Selangor dapat dilihat dengan peningkatan defisit  yang hampir mencecah RM1 billion sekarang susulan kegagalan mengurus oleh kedua kerajaan negeri ini. Penurunan kadar kesihatan, kebersihan serta ketidakcekapan tindakan untuk melaksanakan janji pilihanraya yang sebelum ini.

DAP dan pakatan pembangkang yang lain  tidak mampu untuk memenuhi keperluan rakyat walaupun setelah 8 tahun memerintah  kerajaan negeri. Malah semakin banyak penyelewengan dan penipuan terhadap hak rakyat yang bernilai bverbilion ringgit dilakukan.

Selangor dan Pulau Pinang sedang menghadapi isu skandal yang amat parah sekarang dimana banyak ketirisan yang sedang dan telah berlaku  dengan amalan kronisme , nepotisme yang diamalkan sehingga ianya menjejaskan indeks rasuah Negara  susulan penyiasatan dan tangkapan dilakukan.

Penjawat awam dalam Negara sekarang sedang dalam keadaan dilemma apabila ada cubaan oleh pihak pembangkang DAP  yang berniat untuk menakut-nakutkan mereka dengan ancaman untuk menutup periuk nasi penjawat awam dengan dasar yang bakal mereka laksanakan apabila menang kelak.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman  seharusnya terus mengeluarkan kenyataan agar penjawat awam dalam Negara ini agar tidak mengambil risiko yang besar dalam pengubahan dasar Negara

Jangan hanya kerana sedikit kekurangan yang  belum sampai masanya untuk dipenuhi oleh kerajaan dan  hak-hak demokrasi mana-mana penjawat awam dalam Negara ini akan terus dijamin oleh kerajaan selagi kerajaan memerintah  sebagai mana sekarang.

Biro Buruh DAP harus ingat bahawa agar jangan  bercakap apa yang mereka tak tahu. Sektor awam ini peranannya untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya menyusahkan rakyat sebagaimana yang dikatakan oleh DAP.

Kena ingat, untuk meningkatkan kecekapan dan tahap efisyen penjawat awam ini, kita mesti ada jumlah kakitangan yang wajar. Disamping itu perlu ditingkatkan teknologinya agar pencapaian itu cekap dan berkesan,

Negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat tidak melihat jumlah penjawat awam sebagai beban malah menganggap kakitangan tersebut merupakan aset terpenting dalam melaksanakan tugas-tugas kementerian.

Percayalah, tanpa teragak-agak, sebagaimana sekarang kerajaan akan bertindak dalam apa jua cara untuk membela nasib kakitangan awam dan memelihara prinsip-prinsip demokrasi ke atas semua warganegara Malaysia.

Sebagai tambahan pengetahuan kepada Naib Pengerusi Biro Buruh DAP ini,  adalah diperjelaskan bahawa Malaysia sebenarnya ketinggalan sekiranya dibandingkan dengan nisbah penjawat awam kepada masyarakat.

Kekurangan ini merangkumi  guru kepada pelajar. Nisbah profesor kepada penuntut institut pengajian tinggi. Nisbah hospital dan doktor dengan rakyat. Jumlah doktor pakar di hospital kerajaan, begitu juga di hospital daerah. Banyak nisbah yang belum kita penuhi.

Justeru itu tidak perlulah lupa dengan jerat yang telah dipasang sendiri oleh pemimpin DAP dengan cuba memerangkap penjawat awam sebagai yang diakatakan diancam oleh  kerajaan kerjaya mereka setelah merujuk kenyataan  yang bersungguhan DAP untuk menghapuskan jumlah penjawat awam di Malaysia.

Kenyataan “gula gula” yang dikeluarkan oleh  Naib Pengerusi Buruh DAP ini  amat mudah dibaca  dan melihat DAP amat terdesak sekarang dan berusaha untuk menjerat penjawat awam dengan janji manis dan setelah menang segalanya akan berubah.

Pulau Pinang dan Selangor adalah contoh terbaik bagaimana nasib rakyat diperjudikan hanya kerana pemimpin yang ada didalam pakatan pembangkang itu adalah pemimpin kleptokrat yang sedang  bermaharaja lela merompak harta rakyat.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *