Bapa Rogol Anak Dalam Kebun Getah

Haruan makan anak makin menjadi-jadi. Ke mana hilang segala tanggung jawab dan kasih sayang? Perlukah seorang bapa bertuhankan nafsu?

Seorang lelaki ditangkap di rumahnya di Kampung Languban, Merapok di sini malam tadi,selepas anak perempuannya membuat laporan mendakwa dirogol oleh bapanya itu sejak berusia 15 tahun.

Ketua Polis daerah, Deputi Superitenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa yang kini berusia 25 tahun membuat laporan di Balai Polis Lawas di sini semalam, setelah tidak tahan menjadi pemuas nafsu bapa kandung sendiri.

Katanya, susulan laporan itu, polis telah menahan suspek berusia 47 tahun untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada malam tadi.

“Mangsa mendakwa telah dirogol oleh suspek sejak berusia 15 tahun dan terbaru perbuatan terkutuk itu berlaku kira-kira pukul 10 pagi, 1 Februari lalu di sebuah pondok di kebun getah milik keluarganya,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Beliau berkata, polis akan memohon mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di mahkamah pada pagi ini.

Para ibu perlu mengambil iktibar dari kejadian ini. Pastikan anak anda sentiasa dalam pengawasan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *