Akim Ahmad Nak Tegur, Sekali Kena Hentam Balik

Setiap orang pastinya berusaha mencari rezeki yang halal dengan melakukan sahaja pekerjaan.


Kadang-kadang susah atau bahaya diketepikan, semata-mata untuk menampung keperluan hidup.

Baru-baru ini penyanyi Akim Ahmad ada memuat naik satu status di Instagramnya, bercerita tentang luahan hati seorang pakcik pengutip sampah yang ditemuinya di tepi lebuh raya.

Hari sabtu tempoh hari, aku bergerak dari Kuala Terengganu ke Bukit Tinggi untuk event Fast Bike untuk tahun ke 5 mereka bersama geng-geng triumph yang lain. Perjalanan memang jauh nokharom, jadi aku berhenti di RNR Gambang, isi minyak, rokok sebat dan minum air sambil-sambil live le konon-konon. Selepas aku berehat sebentar kat RNR Gambang, aku pun sambung perjalanan, ngam-ngam gerak hujan pun menyembah bumi. Aku pun berehatlah sebentar kat tepi jalan di bawah jambatan (lokasi tak pastilah, yang pasti lepas rnr gambang). Aku pun berhenti. Terserempaklah aku dengan pak cik (dalam gambar). Dia bekerja kutip sampah di lebuh raya, dari maran ke gambang. Jadi berceritalah aku dengan pak cik ni di temani bunyi air hujan yang terjun dari langit. Apakah yang aku ceritakan. Ok, pak cik ni pun SLP (sesi luahan perasaan) betapa BENGANGnya dia dengan pengguna lebuhraya. Pahamlah kalau tak nak kereta kotor. Tapi dibuangnya pulak tin botol dan sampah yang lain, pak cik ni cakap bahaya untuk orang yang bekerja macam dia, kadang sampah tu dekat tengah pembahagi jalan, tersangatlah risiko, bukan untuk diri dia je, tapi pengguna lebuhraya yang lain. Mungkin korang yang buang sampah keluar dari kereta di lebuhraya tu ada alasan korang, tapi alasan apakah korang nak bagi bila nasi dah jadi bubur? Sayangilah pengguna jalanraya yang lain. Dan sayangilah mereka yang bekerja untuk settlekan kerja separuh-separuh anda tu. Macam gambar aku sebelum ni, “apa-apa pun dari kita saja baitu”. Impossible is made by you…

Ramai yang memuji sikap Akim yang tidak memandang darjat atau sesiapa sahaja untuk diajak berborak.


Malah ada yang berterima kasih kepada Akim kerana memberi ingatan kepada pemandu yang sering membuang sampah di lebuh raya. 

Walaupun begitu ada juga kata-kata sumbang yang sibuk mempersoallkan warna rambut Akim . Rambut ‘karat’ tapi ada hati nak nasihat orang lain katanya.


Netizen bertanya sah ke solat dengan rambut begitu?

Akim tetap menjawab komen netizen tersebut dengan tenang.

 

Yang positif kita ambil buat pengajaran, tak payahlah nak sesuka hati menjatuhkan hukum kepada orang lain. Betul tak? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *