Terima Lebih 1,000 Aduan, Terbukti ADUN PKR Tidak Buat Kerja

Parti PKR yang mewakili rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang terbukti tidak menjalankan tugas apabila lebih 1,000 aduan diterima di kawasan itu melibatkan masalah rakyat dan penduduk setempat.

DUN berkenaan sudah dua penggal dikuasai oleh PKR, melalui ADUN S Kesavan dan ia terletak di bawah Parlimen Bagan Datoh, yang diwakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jumlah aduan itu diterima selepas genap 100 hari sebuah badan NGO, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) bergerak di kawasan DUN berkenaan mendekati penduduk dan mendengar keluhan masalah mereka.

“Lebih 1,000 aduan diterima, diteliti, dihalusi dan akan diselesaikan dengan secepat mungkin,” kata Presiden PMSP, Ramesh Rao.

Apakah yang dilakukan selama hampir 10 tahun Kesavan menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

Penduduk dan pengundi di kawasan Hutan Melintang sudah lama mengalami pelbagai masalah di kawasan berkenaan di bawah PKR.

Pendekatan Ramesh yang kerap berada di sana mendekati orang ramai membuatkan mereka terbuka untuk menyuarakan aduan mereka kepada pihak PMSP supaya mendapat perhatian.

“Apa yang dilakukan oleh ADUN PKR selama dua penggal di Hutan Melintang, makan gaji buta?” kata Ramesh.

Beliau merupakan anak tempatan di kawasan DUN N54 itu yang seringkali menjadi kerusi panas berikutan ia terletak di kawasan sungai dan ladang yang menjadi penempatan kebanyakan penduduk kurang berkemampuan dan golongan miskin.

Kebanyakan penduduk di kawasan itu mencari rezeki sebagai nelayan dan ada yang bekerja ladang.

Bagi beliau, jika BN kembali menawan kerusi DUN itu, Hutan Melintang akan menjadi bandar perikanan dan pertanian moden di bawah kepimpinan BN, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Oleh kerana beliau begitu aktif bergerak di sekitar kawasan DUN berkenaan, PKR tampak hilang rentak ekoran sambutan yang baik orang ramai ke atas kehadiran Ramesh dan PMSP ke kawasan mereka.

ADUN PKR Hutan Melintang, S Kesavan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *