Sepasang Kekasih Di Simbah Air Longkang Selepas Kantoi Berkhalwat

Tindakan sepasang kekasih di Aceh, Indonesia dipercayai berkhalwat akhirnya mengundang padah apabila penduduk bukan sahaja menangkap pasangan itu,malah turut diaibkan oleh penduduk setempat dengan cara yang begitu memalukan.

Memetik sumber mengatakan, insiden mengejutkan itu dipercayai berlaku di sebuah perkampungan di daerah Ingin Jaya, Aceh Besar, pada Isnin lalu

Menurut sumber, kedua-duanya remaja berusia sekitar 20-an itu dikatakan sering berdua-dua di sebuah rumah sehinggalah perbuatan mereka akhirnya dihidu dan ditangkap penduduk kampung.

Menerusi rakaman video yang kini giat diperkongsikan netizen, kedua-duanya dilihat tertunduk malu dan hanya menjawab pertanyaan ketika disoal oleh beberapa individu.

Sambil disaksikan oleh orang ramai, pasangan itu kemudiannya diminta untuk bertaubat atau insaf selepas mengakui kesalahan perbuatan mereka.

Namun tidak semena-mena, pasangan itu menerima satu ‘kejutan’ tidak disangka apabila secara tiba-tiba mereka disimbah dengan air longkang berwarna hitam oleh seorang lelaki.

Air kotoran yang berbau itu dilihat begitu pekat sehingga mengakibatkan pakaian mereka turut berubah kehitaman.

Selepas ‘dimandikan’, pemuda itu kemudian diminta untuk bernikah dengan pasangannya sebagai salah satu cara untuk menamatkan perbuatan maksiat mereka.

Sementara itu netizen di media sosial menyifatkan hukuman yang diberikan oleh penduduk kampung adalah begitu keterlaluan biarpun niat asal mereka hanyalah untuk memberikan pengajaran.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pasangan tersebut dikahwinkan atau perbuatan mereka dilaporkan kepada pihak berkuasa.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *