Persatuan Kristian Evangelikal Sarawak Dakwa Keputusan Mahkamah Persekutuan Sarawak Langgar Hak Kebebasan Beragama

Persatuan Kristian Evangelikal Sarawak (SECA) mendakwa bahawa keputusan itu melanggar hak kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan selepas kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan Sarawak yang menyatakan bahawa bidang kuasa murtad terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak.

“Kami melihat layanan yang tidak adil dikenakan terhadap 4 orang pemohon dalam cubaan mereka mendapatkan hak kebebasan beragama dalam negeri,” dakwa SECA seperti dalam sebuah portal.

“Walaupun kami menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, (namun) kami melihat sekatan untuk menukar agama bersamaan dengan pelanggaran sifat unik kebebasan beragama yang telah diberikan kepada rakyat Sarawak sebagai syarat untuk pembentukan Persekutuan, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan Sarawak sebelum ini telah sebulat suara menolak permohonan tiga orang mualaf dan seorang yang dilahirkan Muslim untuk murtad dan menyatakan bahawa bidang kuasa perkara tersebut terletak di bawah kuasa Mahkamah Syariah Sarawak.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *