Isteri Maut Selepas Suami Mabuk Sumbat Bom Dalam Kemaluannya

Gara-gara mabuk , suami tak sedar memasukkan bom mortar ke dalam alat sulit isterinya ketika mereka melakukan seks.

Akibat daripada itu, isterinya meninggal dunia selepas mengalami pendarahan pada alat sulitnya.

Memetik sumber, lelaki itu, Ruben Valera Cornejo menggunakan mortar berkenaan yang dijadikan sebagai barang hiasan di rumah mereka sebagai alat seks selepas kedua-duanya balik ke rumah setelah keluar minum.

Ruben ketika memberitahu polis berkata dia sangat mabuk dan tidak dapat mengingati banyak perkara ketika melakukan seks di rumah mereka di Peru. Dia hanya ingat isterinya itu memintanya menggunakan objek dalam rumah sebagai alat seks.

Selepas itu dia tidur dan hanya mengetahui apa yang berlaku setelah bangun dari tidur. Ketika itu isterinya sudah meninggal dunia.

Siasatan polis menemui mortar yang dipenuhi darah bersama alat seks yang lain. Mortar itu dikatakan sepanjang 16 inci dan lebar 2.4 inci.

“Ubat tahan sakit juga ditemui dan ia dipercayai untuk mengawal kesakitan,’’ kata polis.

Dalam pada itu bapa mertuanya, Llerena berkata menantunya itu patut dipenjara atas apa yang dilakukan kepada anak perempuannya.

Susulan itu Ruben ditangkap kerana disyaki membunuh.

Ruben Valera Cornejo bersama isterinya

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *