Azmin Dan Guan Eng Buta Isu, Tidak Tahu Selesaikan Masalah Utama

Dua negeri ditadbir pembangkang kedua-duanya gagal walaupun dua penggal rakyat beri peluang kepada mereka perintah negeri. Negeri Selangor dan Pulau Pinang kedua-duanya gagal oleh kerana kurangnya nilai kepimpinan cekap pemimpinnya.

Di Selangor, Menteri Besar Azmin Ali tidak tahu isu mana yang patut diselesaikan demi kepentingan rakyat. Beliau salah pilih isu iaitu memenuhi cita-cita politik dan rasuah dirinya daripada rakyat. Sepatutnya, Azmin selesaikan isu air dengan betul-betul agresif selepas jadi Menteri Besar.

Beliau gagal. Ketika ini, sekali lagi penduduk Selangor di kawasan Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air untuk tempoh hampir seminggu. Sudahlah tidak ada air, tempoh masa gangguan pula sudah dilanjutkan kerana ada kemalangan di luar jangkaan.

Tinggal di kawasan yang dekat dengan ibu negara, sepatutnya gangguan bekalan air tidak boleh berlaku memandangkan tuntutan penggunaan dari orang ramai dan industri amat tinggi. Tapi Azmin sambil lewa isu ini. Bukan sekali dua gangguan teruk bekalan air terjadi. Kali ini adalah gangguan kali kedua terbesar untuk tahun 2018 selepas masalah sama berlaku ke atas penduduk Lembah Klang dari 24 hingga 26 Januari lepas.

Pada 2015, gangguan berlaku pada bulan Ramadan sehingga bekalan air terpaksa dicatu. Ini semua kerana Azmin gagal mengambil langkah yang tepat. Sudah lama dalam politik, takkan masih buta isu. Jika perjanjian penstrukturan air di Selangor dilaksanakan kerajaan negeri lebih awal, bekalan air tidak akan menjadi kritikal seperti sekarang ini.

Azmin gagal untuk melaksanakan penstrukturan semula itu yang tertangguh sejak 2008 juga menyebabkan kos mengambil alih satu syarikat air meningkat dan ia terpaksa ditanggung oleh rakyat.

“Kalau 2008 selesai saya rasa sekarang tidak ada masalah air di Selangor dan Putrajaya. Tidak ada orang yang perlu beratur bawa baldi kat luar. Kalau dah struktur semula dahulu tidak ada masalah, sebab kegagalan buat keputusan pada waktu-waktu tertentu bawa masalah yang berlarutan.

“Bila kita tukar lebih lewat ia kos lebih tinggi. Bermaksud ia beri impak lebih besar kepada salah siapa? Kalau kita buat penstrukturan 5 tahun sebelum ini, kos kita mungkin jauh lebih rendah dari 5 tahun akan datang.

“Jadi dalam membuat keputusan begini siapa yang salah? Mereka perlu lihat bukan keputusan, (atau) tanda tangan mereka yang lebih penting.

“Impak jangka panjang disebabkan tindakan mereka dalam melewatkan penstrukturan semula,” katanya Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran dalam satu artikel Antarapos.

Gangguan bekalan air pada saat-saat hampir dengan PRU14 ini benar-benar satu tamparan hebat untuk Azmin dan PKR. Jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah Selangor, sudah pasti loji air Langat 2 sudah siap dan masalah berkenaan air tidak berlaku.

Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng pun buta isu. Pilih amalkan rasuah daripada selesaikan isu banjir di negeri itu. Selepas gagal dan air banjir menenggelamkan Pulau Pinang, beliau menangis tagih simpati dari kerajaan pusat buat drama.

Tapi sepanjang dua penggal tadbir Pulau Pinang, Guan Eng sibuk berurusan hendak beli banglo murah dan sibuk hendak buat urusan rasuah untuk bina projek terowong dasar laut.

Rakyat Pulau Pinang dibiarkan tenggelam dalam air banjir tanpa bantuan.

Pada 5 November 2017, negeri yang diperintah oleh Guan Eng lumpuh dek kerana banjir paling buruk dalam sejarah.

Banjir kilat sudah biasa bagi penduduk Pulau Pinang tetapi banjir pada hari berkenaan menyebabkan lima daerah iaitu Timur Laut, Barat Daya di bahagian pulau serta di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di tanah besar ditenggelami air.

Guan Eng tetap angkuh, selepas banjir surut, beliau tuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan BN tidak beri bantuan kepada mangsa dan negeri DAP itu padahal Najib sudah umumkan projek untuk memulihkan Pulau Pinang daripada banjir dengan kos berjuta.

Dua negeri ini, selagi pengundi dan rakyat tidak beri pengajaran pada PRU14 nanti, masalah berkenaan akan terus membelenggu rakyat dan penduduk. Selangor akan tetap alami masalah bekalan air dan Pulau Pinang akan tetap dilanda banjir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *