Zaman Nabi Padang Pasir Pun Tak Ada Air Buat Teresa Kok Kepanasan

MASIHKAH anda ingat beberapa insiden simbah cat di pejabat Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok? Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2014. Pejabat Teresa Kok disimbah dengan cat merah dan seekor bangkai ayam turut dijumpai. Beberapa pihak berpendapat perbuatan khianat tersebut dilakukan sendiri oleh AP Seputeh tersebut.

Kini viral pula kononnya Teresa Kok dituduh menciap mengenai masalah gangguan bekalan air tanpa mempedulikan sensitiviti orang ramai. Kok berkata ciapan yang disebarkan pihak tertentu itu bukan daripada dirinya. Kononnya phak tertentu telah memalsukan nama serta gambarnya dan menghantar ciapan berkenaan.

“Sekali lagi ada orang buat tweet atas nama dan gambar saya. Saya tak pernah tulis tweet seperti ini. Celaka orang yang palsukan tweet saya,” katanya di Twitter

Ironinya, gambar profil Twitter Teresa Kok berlatar belakang padang pasir dan beliau sedang menunggang unta. Caption pada “twitter palsu” tersebut mengenai padang pasir dan air. Perkara tersebut dilihat lebih daripada kebetulan. Ianya seolah-olah dirancang.

Ramai pihak melihat perkara ini sebagai tindakan terdesak AP Seputeh untuk meraih populariti memandangkan Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) sudah semakin hampir.

Mungkinkah beliau mengambil kesempatan dari keadaan Selangor yang sedang menghadapi krisis air ketika ini? Dan pada masa yang sama dapat “menganjingkan” rakyat Selangor amnya dan orang Islam khasnya?

Sebelum ini beberapa pengguna Twitter mengecam Teresa Kok kerana mempersoalkan kesusahan dialami orang ramai yang berdepan gangguan bekalan air sekarang.

Beliau didakwa menulis: “Zaman nabi padang pasir tak ada air pun boleh hidup. What are the problems faced by common people these days? (Apa masalah yang dihadapi oleh orang kebanyakan sekarang?)”.

Sebahagian kawasan di Lembah Kelang kini berdepan masalah gangguan bekalan air ekoran kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal selama 10 jam di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) bermula semalam.

Antara kawasan yang terlibat adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) berkata pembaikan itu disiapkan pada jam 5 petang tadi, iaitu lebih awal daripada jangkaan.

Bagaimanapun Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di Loji Rawatan Air SSP3 itu pecah.

Pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) berada di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata insiden itu berlaku semasa persediaan untuk mengaktifkan semula pengoperasian loji.

Kejadian ini telah menyebabkan kecederaan serius kepada kakitangan yang bertugas di tapak terbabit.

Susulan daripada insiden tidak dijangka itu, masa pemulihan bekalan air akan tersasar dari jadual asal seperti dimaklumkan pada notis hebahan media sebelum ini.

Untuk makluman masalah air ini tidak akan berlaku jika Azmin Ali mempercepatkan proses penstrukturan Air Selangor. Ketidakcekapan beliau menangani perkara ini menyebabkan rakyat Selangor berada dalam krisis air berulang-ulang kali. Memang Pakatan Harapan diketuai DAP gagal mentadbir negeri yang mereka kuasai. Undi PH seperti undi untuk sengsara.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *