Ruhainies Bangga Mampu Beli Rumah, Kereta Mewah Idaman

Akhirnya Ruhainies berasa lega dan bangga dengan pencapaian dirinya yang selama ini telah bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memiliki harta sendiri.


Kejayaannya memiliki rumah sendiri dan sebuah kereta Mercedes Benz dikongsi dengan keluarga dan peminat yang selama ini menyokong perjalanan kariernya dalam industri seni.

Foto: IG Ruhainies

“Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras, saya sudah mampu memiliki rumah dan kereta sendiri.

“Akhirnya penat lelah selama ini berbayar dan puas hati kerana dua impian ini memang sudah lama saya impikan sejak memulakan kerjaya sebagai anak seni,” katanya kepada mStar Online.

Foto: IG Ruhainies

Rumah kondominium dan kereta tersebut bukanlah untuk kegunaannya seorang namun dia sudah berniat lama untuk membawa ibu bapanya tinggal bersama di Shah Alam.


“Kalau dulu famili saya tinggal di Selayang, jadi selepas ini bolehlah mereka pindah ke rumah saya di Shah Alam.

Foto: IG Ruhainies

“Rezeki yang saya dapat ini adalah atas doa ibu bapa, jadi mereka juga harus merasa apa yang saya perolehi ini,” katanya.


Ditanyakan pula tentang perancangan dirinya akan datang, Ruhainies enggan berkongsi lagi kerana ianya masih belum dicapai.


Dia hanya akan dedahkan apabila impiannya itu sudah tercapai dan bukan sekadar cakap kosong.

Foto: IG Ruhainies

“Sejujurnya, saya ada beberapa impian lagi, tapi biarlah ia hanya menjadi rahsia. Saya tak berapa gemar berkongsi sesuatu perkara yang tidak pasti.


“Nanti orang mengata pula, cakap saja lebih, tapi tak ada pun. Jadi lebih baik kalau dah tercapai baru saya kongsi dengan peminat,” kata adik kepada pelakon Nur Risteena ini.


Bagus Ruhainies! Doa ibu bapa menjadi punca titik tolak kejayaan Ruhainies dalam bidang seni. Teruskan terbang tinggi! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *