Pengarah Syariah PAN Sakit Hati Orang Sarawak Masuk Islam?

HIDAYAH itu milik Allah s.w.t namun perkara tersebut dipersoalkan pula oleh pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara(PAN) Zolkharnain Abidin. Beliau mendakwa terdapat pihak yang mengislamkan penduduk di Sarawak hanya untuk meraih populariti demi kepentingan politik.

Siapa kita untuk mempertikaikan pengislaman orang? Namun sekiranya kita menyokong tindakan murtad itu adalah dosa besar disisi Islam.

“Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku adalah utusan Allah, kecuali dari tiga orang berikut ini; seseorang yang murtad dari Islam dan meninggalkan jama’ah, orang yang telah menikah tapi berzina dan seseorang yang membunuh orang lain.” ( HR Muslim )

Zolkharnain turut mendakwa golongan yang telah diislamkan oleh pihak-pihak meraih populariti demi kepentingan politik yang tersenarai di antara mereka yang memohon untuk murtad disamping mereka yang memeluk Islam dengan sebab yang lain, menurut catatan di laman media sosial Facebook beliau.

Tuduhan Zolkharnain tersebut dilihat berniat jahat terhadap mereka yang berusaha membawa manusia ke jalan yang benar di sisi Islam.

Menurut beliau, “Ada berpuluh-puluh versi masuk Islam di sana, dengan pelbagai kaedah dan bentuk. Ada pihak yang mengislamkan mereka kerana tujuan politik dan ingin mendapat nama mengislamkan ramai orang.”

“Orang Islam dalam versi tadilah yang memohon untuk “keluar Islam”. Hakikatnya, mereka hanya masuk Islam tanpa kesedaran, tanpa kerelaan, tanpa persetujuan atau tanpa pengetahuan.”

“Jangankan mereka belajar tentang Islam, bahkan ada yang tak tahu pun bahawa Islam adalah agama dan masuk Islam bermaksud menukar agama.” Zolkharnain Abidin juga menempelak arahan supaya pemohon untuk murtad pergi menjalani sesi kaunseling kerana baginya itu tidak memberi sebarang makna, memandangkan mereka langsung tidak pernah “masuk Islam”.

Beliau berkata, “Ada yang disuruh ikuti sesi kaunseling, lima atau enam kali. Apa fungsi kaunseling supaya jangan “keluar Islam” kalau pemohon memang tak pernah “masuk Islam” dalam maksud yang sebenar.”

Dakwaan Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN itu dibantah oleh beberapa netizen. Antaranya seorang anak jati Negeri Sarawak, Aszfia Haris yang juga menuntut Zolkharnain Abidin mengemukakan bukti bagi setiap tuduhannya yang boleh dianggap sebagai fitnah dan penghinaan kepada rakyat Sarawak.

“Saya mohon Ustaz berikan bukti bagi kesemua tuduhan Ustaz terhadap kami di bumi Sarawak ni kecuali point nombor 1. Kenyataan Ustaz ini benar-benar menghina serta memfitnah rakyat Sarawak. Apa Ustaz ingat kami di Sarawak ni bodoh sangat ke?

Berapa lama Ustaz pernah duduk di Sarawak ni? Saya tunggu hujah dan bukti Ustaz,” tuntut Aszfia Harris. Setakat ini, tuntutan Aszfia Harris masih lagi belum diendahkan oleh tokoh agamawan parti pembangkang tersebut.

Seorang lagi netizen, Muhammad Auzaie Ismail turut meluahkan ketidakpuasan hati beliau terhadap dakwaan Zolkharnain Abidin itu yang dilihat seolah-olah sedang memperlekehkan kegigihan usaha para pendakwah Islam di Negeri Sarawak.

Beliau berkata, “Islamkan ramai orang kerana ingin dapat nama? Allah. Kalau tak nak buat kerja dakwah, jangan lecehkan usaha pendakwah.”

“Diorang sanggup tinggal anak bini, sanggup keluar duit sendiri nak ke sana (yang dari Semenanjung), ambil cuti panjang dan ikhlas berdakwah semata-mata nak tengok lebih ramai mentauhidkan Allah.” “Berhentilah perlekeh kerja dakwah. Sangat menyedihkan,” rayunya lagi.

Rakyat Malaysia tahu parti PAN diilhamkan oleh parti DAP yang anti Melayu dan anti Islam. Namun kita tetap rasa terkilan bagaimana seorang Islam dalam PAN sanggup menyokong isu murtad serta memperlekehkan usaha dakwah. Hanya untuk DAP maka PAN sanggup jual agama. Sehina itu sekali “ulama” dalam PAN.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *