Padah Remaja Gurau Tawar Khidmat Seks Percuma

Seorang blogger remaja mengundang padah apabila bergurau tidak kena tempat sehingga mencetuskan kekecohan di China selepas memaklumkan menerusi media sosial bahawa dia menawarkan perkhidmatan seks secara percuma.

Tindakan penulis blog tempatan yang dikenali sebagai Miss Ye itu mengakibatkan 3,000 lelaki membanjiri sebuah hotel, tempat di mana remaja itu dikatakan bermalam.

Miss Ye, 19, sebelum itu telah memuat naik entri berkenaan pada pukul 8 malam dengan menawarkan perkhidmatan seks percuma. Dia turut menyatakan nombor biliknya di hotel Double Tree.

Sebaik sahaja entri itu dimuatnaik, pelbagai jenis lelaki datang mengetuk pintu biliknya dan pada masa sama pihak hotel juga dibanjiri dengan panggilan telefon bagi bertanyakan mengenai Miss Ye.

Memetik sumber, Miss Ye kemudiannya menjadi takut hingga terpaksa menjelaskan bahawa dia hanya bergurau. Dia juga merayu kepada netizen supaya tidak mencarinya di hotel berkenaan.

Namun rayuan itu tidak dihiraukan malah mereka sanggup beratur di luar biliknya. Polis yang mendapat laporan telah menahan Miss Ye kerana disyaki melakukan pelacuran.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *