Lagi Isu Babi, Dua Lipa Pula Jadi Mangsa Netizen Malaysia

Selepas tragedi babi menceroboh sebuah masjid di Sungai Buloh, kini haiwan itu menjadi bahan ejekan pula kepada penyanyi antarabangsa Dua Lipa. 


Seakan-akan kurang berpendidikan, segelintir rakyat Malaysia yang suka mencetuskan kontoversi telah mengaitkan Dua Lipa dengan haiwan tersebut. Kenapa pula tu?



Sumber foto: ig Dua Lipa

Lipa telah memuat naik sebuah foto dengan kapsyen meraikan ulang tahun kelahiran ayahnya di laman Instagram miliknya.

“Happy Birthday babi, I wish I was home to give you a big hug and kiss.”

Mesej yang penuh kasih sayang itu kemudiannya disalahtafsir segelintir makcik bawang versi antarabangsa. 



Sumber foto: ig dualipa

 

Melihat perkataaan ‘babi’ yang tertera, beberapa rakyat Malaysia berasa adalah perlu untuk mengejek Dua Lipa sehingga menyebabkan pelantun suara lagu New Rules itu menukarkan kapsyen berkenaan. 


Bagaimanapun, masih terdapat beberapa rakyat Malaysia yang memberikan komen mempertahankan Lipa menyuruh supaya dia tidak menukar panggilan untuk ayahnya. 



Sumber foto: ig dualipa

“Anda tidak perlu menukar gelaran ayah awak @dualipa! Ia hak anda , saya berasa malu menjadi rakyat Malaysia sekarang,” ujar pengguna instagram bernama nnblhzpr.


Seorang lain pengguna Instagram turut meluahkan rasa malunya terhadap perilaku rakyat Malaysia yang tidak menghormati Dua Lipa.

“Dua Lipa, saya memohon maaf dengan apa yang terjadi. Dalam dunia ini memang terdapat manusia yang tidak tahu menghormati orang lain. Kami sayangkan anda. Tidak perlu menukarkan bahasa anda kerana ianya indah,” kata ainmia1 menyuruh Lipa untuk mengabaikan sebarang penghinaan terhadapnya. 


Ala, dah bahasa dia begitu kita hormatkan sahajalah. Takkan nak ‘bentuk’ dia hanya kerana untuk memuaskan hati sendiri, kan? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *